Tuesday, March 18, 2014


ASSALAMUALAIKUM! Bertemu kembali di sini selepas begitu lama menghilang diri. Kisah kehilangan MH370 menyebabkan blog ini wajib dihiduplan semula. Ini kali ketiga saya berusaha menghidupkannya semula. Setelah hilang selama 11 hari, kita masih tertanya-tanya apakah yang sudah menimpa nasib MH370 dan semua yang di dalam pesawat itu. Kita tunggu kisah lanjut pesawat ini. Media tempatan penuh dengan berita yang menjadi bualan setiap orang di negara kita. Tidak ada berita yang lebih mendebarkan dari kisah MH370 ini. Di tahun 1970an, negara digemparkan dengan pesawat Mas yang jatuh terhempas di Tanjung Kupang Johor. Kita juga digemparkan dengan pesawat JAL yang jatuh terhempas di Elmina Estate Sg Buloh beberapa tahun dulu. Semuanya peristiwa berdarah. Kita berdoa agar nasib MH370 tidak seburuk pesawat2 ini. Mari kita berdoa keselamatan semua yang di dalam MH370, moga2 mereka semua pulang ke pangkuan keluarga masing2 dengan selamat, insyaAllah.

No comments: