Monday, January 31, 2011

YB Tenang - jgn lupa tugas, tanggongjawab

SALAM! Hujan lebat di Tenang sepanjang hari semalam gagal membawa Tok Ai (Azhar Ibrahim) bersama arus. Sebaliknya, lebihan undi membuktikan BN/Umno tetap kuat di Johor. Apa juga faktor yang menyebabkan kemenangan itu akan dianalisa dengan lebih terpeinci. Mungkin benar undi Cina bertambah di situ tetapi ini belum lagi boleh membuat BN selesa dalam PRU 13. Kita patut ucap syabas kepada mereka yang keluar mengundi. Walaupun huja turun tanpa henti, pengundi keluar melaksanakan tanggongjawab mereka. Ini membanggakan. Dalam pada itu, masih ramai lagi antara kita yang belum mendaftar sebagai pengundi. Ke mana fikiran mereka? Apapun, ada pesanan kepada YB yang baru ini. Jika YB gagal melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan, arus yang akan datang nanti akan membawa YB bersamanya. Harus diingat, tidak ada tempoh bulan madu untuk YB. Apabila YB menang, maka YB sudah berjanji memberi khidmat terbaik. Jika YB mungkir, buruk padahnya. Moga2 YB berjaya melunaskan segala janji. Selamat berkhidmat.

Saturday, January 29, 2011

Mesir goncang, Timur Tengah turut goncang







Salam! Satu dunia pasti tergamam melihat Mesir yang dilanda krisis dalaman. Menurut semua berita yang keluar dari Mesir, tunjuk perasaan berdarah sebegini besar tidak berlaku hampir lebih tiga dekad. Presiden Hosni Mobarak wajib melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negaranya. Kesetabilan Mesir ialah salah satu kunci kesetabilan di Timur Tengah atau Asia Barat. Kalau Mesir bergolak, Timur Tengah juga turut bergolak. Selepas Tunisia, Mesir pula dilanda ancaman dalaman yang boleh menjejas keamaan rantai itu. Rakyat mahu Mobarak undur, tetapi Presiden itu belum mahu berbuat demikian. Walaupun perintah berkurung dikuatkuasakan, rakyat berdegil dan terus keluar membuat bantahan. Dalam hal ini, kita perlu kaji: apakah Mobarak dan kerajaannya sahaja yang menjadi sasaran rakyet? Atau ada faktor2 lain yang mencetuskan keadaan huru hara ini? Ramai anak2 kita yang menuntut di Mesir, samada di Kaherah atau di Alexandria. Kita doakan mereka selamat.

Gambar2 di sekitar Kaherah dan Alexandria.