Monday, May 17, 2010

Apa strategi BN Sarawak selepas Sibu?

DAP merampas kerusi Parlimen sibu dari BN dengan majoriti yang tipis, iaitu 398 undi. Apapun, ia masih satu kemenangan. Peratusan pengundi keluar menjadi bualan di merata tempat. Ada yang mempersoalkan keberkesanan jentera BN Sarawak kerana tidak nampak kesungguhan seperti yang dilihat di PRK lain seperti di Hulu Selangor. Jika ini benar, BN Sarawak wajib risau akan kesannya terhadap pilihanraya negeri yang mungkin diadakan akhir tahun ini atau awal tahun depan. Tetapi apakah ini sahaja punca kekalahan BN. Bagaimana pula reaksi pengundi terhadap kepimpinan BN Negeri yang masih belum menunjukkan pelan pelapisan yang jelas dan diterima umum. Masih ada teka teki siapa yang akan mengambil alih kerusi Pengerusi BN Sarawak. Sedikit sebanyak, ini akan menjadi perkara pokok dalam pilihanaya negeri nanti. Strategi yang digunakan oleh BN di Hulu Selangor mungkin tidak boleh digunakan sepenuhnya di Sarawak. Satu perkara yang sama ialah bagaimana undi Cina tidak memihak kepada BN. Sejauh mana ini akan memberi kesan dalam pilihanraya yang lebih besar harus difikirkan dengan mendalam dan terpeinci.

Tuesday, May 4, 2010

GP: Jadi Senator bukan habuan tak tanding

MAKA bekas MP Hulu Selangor G Palanivel disahkan menjadi Senator setelah mengangkat sumpah depan Tuan Speaker di Dewan Negara semalam. Banyak soalan timbul dari perlantikan ini. Ketua Pengarang NST, Datuk Syed Nazri dalam kolumnya hari ini, juga menyebut tentang perlantikan GP, seorang bekas wartawan dengan Bernama dalam tahun 80an. Pak Tuan kata perlantikan GP boleh dilihat sebagai usaha memujuk GP yang merajuk kerana tidak dipilih untuk betanding dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini. GP pula memberitahu wartawan selepas upacara angkat sumpah bahawa dia tidak setuju bahawa perlantikkannya sebagai Senator adalah sebagai habuan untuk tidak dicalonkan dalam PRK Hulu Selangor. Harap2 Palanivel akan memberi khidmat baik setelah memegang jawatan ini.

Sunday, May 2, 2010

MIC ada senator baru?

Betulkah MIC akan dapat satu Senator baru besok? Khabarnya beliau akan mengangkat sumpah besok. Saya dengar desas desus bahawa kawan seperjuangan dalam dunia kewartawanan sebelum ini, Sivabalan, akan jadi senator. Lepas tu senyap pulak. Sivabalan pernah berkhidmat dengan Bernama sebelum jadi setiausaha akhbar presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu. Semalam seorang teman berbisik pada saya bahawa bukan Sivabalan yang akan jadi senator, tetapi bekas MP Hulu Selangor, G Palanivel, yang akan dilantik! Palanivel ialah orang nombor dua MIC yang diura-urakan akan mengambil alih jawatan nombor 1 dari Samy Vellu.

Isu "hilang" telaga wajib dijelas segera

SALAM! Banyak hari tak menulis. Banyak juga isu yang timbul sejak seminggu dua ini. Ada cerita negara "kehilangan" telaga minyak di Sarawak semasa negara dibawah pentadbiran mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kita terbaca "penjelasan yang dibuat oleh Pak Lah dan kenyataan Petronas yang masih belum memberi gambaran sepenuhnya. Isu sebesar ini perlu penjelasan setelus-telusnya dari semua pihak yang bertanggungwab. Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan "kehilangan" ini pasti akan mencari jawapannya sendiri. Ramai orang menunggu reaksi Dr M seterusnya.Isu ini mesti diperjelaskan seberapa lengkap dan seberapa segera sebelum ia dipolitikkan. Pilihanraya raya kecil Sibu boleh menjadi medan untuk isu ini dijaja dari pentas ke pentas. Apabila ini berlaku, apa juga penjelasan boleh dimainkan sebagai bahan ceramah.