Sunday, October 31, 2010
7 mati di Genting; titah Raja2 jadi berita
SALAM! Seminggu tak usik blog. Mana lagi tugas biasa di pejabat dan tugas di Kuala Terengganu dan lawatan singkat ke Galas. Balik dari sana terus masuk studio untuk program Soal Jawab dengan MB Negri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan dan Naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan. Banyak yang berlaku sepanjang minggu ni. PM India pun melawat Malaysia sebagai lawatan balas selepas PM DS Najib Razak melawat India tahun lalu. Minggu ni juga kita tengok Kelantan jadi juara Malaysia Cup buat pertama kalinya mengalahkan Negri Sembilan 2-1. Dan bas yang membawa penumpang muda ahli Belia 4B terbabit dalam kemalangan yang meragut 7 nyawa. Pemandu bas itu tidak mempunyai lesen, menurut laporan yang heboh diperdebatkan. Akhir minggu, kita dapat satu berita di mana Raja2 Melayu mengingatkan rakyat supaya sentiasa menghormati perlembagaan. Baginda semua juga bertitah agar ahli politik tidak menjadikan isu perkaumnan dan kontrak sosial dalam kempen dan mainan politik. Berita Harian dan NST sempat memuatkan berita itu di muka depan hari ini.
Daulat Tuanku!
Gambar2 ini dirakam di PWTC semasa perhimpunan agong Umno minggu lepas.
Thursday, October 21, 2010
Najib: Melayu kekal dihati saya, Umno
SALAM! Ahli Umno yang berkumpul di PWTC masing-masing berdiri bulu roma apabila mendengar ucapan DS Najib Tun Razak. Manakan tidak, presiden Umno itu memberi satu ucapan yang sangat dinanti-nanti oleh mereka dari segi Agenda Melayu. Setelah beberapa kali mendengar DS Najib berucap dan mengajukan konsep 1Malaysia, hari ini mereka dapat mendengar dengan jelas pegangan beliau terhadap Agenda Melayu. Malah, DS Najib, merangkap Perdana Menteri juga memberi amaran kepada sesiapa juga yang menyimpan niat untuk merosakkan agenda Melayu atau yang mahu memesongkan pegangan orang melayu, terutamanya dikalangan ahli-ahli Umno. Ayat-ayat yang beliau guna memberi gambaran bahawa intipati perjuangan memang dekat dihati. Bagi ramai ahli Umno, ucapan itu ibarat jampi serapah yang boleh mengembalikan semangat mereka. Sepanjang ucapannya, DS Najib tidak putus2 menyingkap sejarah tanahair kerana sejarah yang sudah terukir itu wajib menjadi arah tunjuk halatuju parti dan negara. Dalam hal ini, DS Najib memetik beberapa fasa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak orang Melayu dan bukan Melayu. Kepada semua ahli parti, DS Najib berkata:
"Ayuh..
Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi,
Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi
Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi
Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi.."
Jika ada sesiapa yang ragu akan pendirian DS Najib, ucapannya hari ini jelas membuktikan bahawa Agenda Melayu hidup kekal dan teguh dalam genggaman beliau dan Umno.
Gambar: DS Najib melancar Melaka Maju di PWTC
Tuesday, October 19, 2010
Melayu, bukan Melayu sama2 teliti Umno
SALAM! Sebahagian besar negara kini berada dalam suasana politik. Ada dua pilihanraya kecil iaitu di Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah. UMNO mengadakan perhimpunan agong tahunannya minggu ini manakala PKR pula mengadakan pemilihan pemimpin tertinggi akhir bulan. Presiden MIC DS Samy Vellu pula dijangka berundur setelah menerajui parti berpuluh tahun lalanya. Penasihat Parti Gerakan, Tun Lim Keng Yeik, pula berundur dari menjadi penasihat parti itu setelah keciwa dengan pemimpin parti hari ini. MCA pula baru saja mengadakan perhimpunan agongnya yang dirasmikan oleh PM DS Najib Razak. Di sana sini kita lihat orang bercerita hal politik. Juga jelas bahawa politik akan sentiasa bermain di kepala warga negara ini, samada secara langsung atau tidak. Dalam hal ini, penelitian khas diberi kepada Umno, tunjang negara sejak sebelum Merdeka lagi. Agenda Umno adalah agenda negara; dan seharusnya sebahagian besar agenda itu juga adalah agenda melayu. Dalam beberapa ucapan minggu ini, orang Melayu umumnya dan ahli Umno khasnya akan meneliti setiap ungkapan dari ucapan yang akan disuarakan di Dewan Merdeka. Kata2 semangat dan sebarang petunjuk akan dinantikan oleh hadirin, dan setiap ayat akan dianalisa secara terpeinci. Bagi DS Najib Tun Razak, presiden Umno, ahli parti mahu mendengar halatuju yang dibentangnya, terutama dari segi agenda Melayu, iaitu asas perjuangan parti sejak penubuhannya. Sebahagian besar orang Melayu melihat parti itu sebagai parti keramat yang mempertahan dan memperjuangkan kepentingan orang Melayu tanpa menjejaskan kepentingan bangsa lain yang mewargai negara tercinta ini. Sama2 kita tunggu ucapan dasar, debat, pembentangan usul dan ucapan penggulung DS Najib di majlis yang berlangsung di PWTC. Melayu dan bukan Melayu, ahli dan bukan ahli sama2 meneliti Umno dan asas perjuangannya dalam konteks lanskap politik hari ini.
Monday, October 18, 2010
Man U, Liverpool - senasib tapi tak sama
SALAM! Hari ini kita bincang hal ringan sedikit. Kita cerita fasal bola. Bola liga Inggerislah kerana lebih ramai orang Malaysia ysng mengikutinya dari Liga Malaysia. Pada hari Sabtu Man Utd, team yang diminati PM DS Najib Razak, bolos dua gol selepas mendahului 2-0 melawan West Brom! Nak ketawa pun ada! Ramai peminat Man Utd ketawakan Reina, goli Liverpool, yang umum kata selalui melepaskan gol macam penjaga gol pasukan sekolah. Kali ni, goli Man U pulak yang buat silap! Pada hari Ahad, Liverpool dikalahkan musuh ketat dari bandar yang sama - Everton. Kesian peminat Liverpool. Ada yang berkumpul dengan penaja utama team itu - Standard Chartered - untuk menonton. Liverpool ni, pada saya, satu tea yang kuat dan gagah. Cuma pengurus dia yang tak berapa kena. Sebelum Roy Hodgeson (nama macam kowboi), Liverpool diurus oleh Benitez, orang Sepanyol. Dua2 pun sama aje pada saya.
Bagi Malaysia, dengan peruntukan RM20 juta yang diumumkan noleh PM memajukan bolasepak tanahair. Wang sejumlah itu tak besar, tetapi ia satu permulaan. Tak menang takpa, tapi main mesti dengan baik dan penuh semangat. Satu hari nanti, kita boleh belasah Liverpool dan Man U! Tak percaya? hehehe
Bagi Malaysia, dengan peruntukan RM20 juta yang diumumkan noleh PM memajukan bolasepak tanahair. Wang sejumlah itu tak besar, tetapi ia satu permulaan. Tak menang takpa, tapi main mesti dengan baik dan penuh semangat. Satu hari nanti, kita boleh belasah Liverpool dan Man U! Tak percaya? hehehe
Saturday, October 16, 2010
Kita tunggu "mega hits" dari Tiara !
SALAM! Pada malam Khamis lepas, saya berbincang dengan tiga personaliti mengenai belanjawan 2011. Wakil NGO Datuk Halim meminta PM/Menteri Kewangan beberapa pertimbangan yang memboleh NGO bergerak dengan lebih cergas. Boss Proton Datuk Syed Zainal menyebut tentang perlunya ada insentif inovasi. Dan Datin Seri Tiara Jacquelina meminta industri kreatif diberi dorongan untuk menghasilkan karya besar untuk persada dunia. Semalam, DS Najib Tun Razak menyahut semua permintaan mereka dalam ucapan belanjawannya. DS Najib sebut fasal peranan sektor korporat dalam tanggungjawab sosial; peruntukan untuk karyawan seni menghasilkan karya besar; dan insentif yang bertujuan menggalakkan inovasi dalam industri! Soalannya sekarang - sejauh mana NGO, sektor korporat dan penggerak seni akan memanfaatkan kemudahan ini? Dalam pada itu, ada juga pihak yang membuat andaian bahawa belanjawan yang DS Najib bentang itu bertujuan memancing undi! Dalam hal ini, pengkritiknya sudah diduga. Seorang pakar ekonomi dalam temubual berita akhir tv3 (Nightline), secara kebetulan ada dua pilihanraya kecil di Galas (Kelantan) dan Batu Sapi (Sabah). Pakar ekonomi itu berkata belanjawan negara melebihi itu semua dan bertujuan membina negara, tak kira samada pilihanraya atau tidak. Tetapi itulah dia - dalam dunia politik, sesiapapun akan mencari ruang untuk memenuhi hasrat dan citarasa mereka.
Thursday, October 14, 2010
Blackberry okay - kata Menteri DSU Rais
SALAM! Satu berita baik pagi ni - Blackberry okay! Kerajaan buat keputusan bahawa ia tidak akan menyekat penggunaan Blackberry. Keputusan itu diumumkan oleh DSU Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Akhbar hari ini memuatkan berita baik yang pasti disambut lega oleh pengguna Blackberry. Beberapa bulan dulu, saya dihujani SMS dan ditalipon setiap hari oleh kawan2 yang menggunakan Blackberry. Khabar ketika itu Kerajaan sedang memikirkan samada untuk menyekat dan mengharamkan penggunaan Blackberry. Berita yang tersebar ketika itu membuat pengguna Blackberry resah. Manakan tidak, mereka yang menggunakan Blackberry bukan sedikit. Saya tidak lagi dihujani SMS. Saya pasti berita baik ini akan disambut dengan meriah. Apakah ini akan menyebabkan Blackberry lebih mahal? Mungkin tidak. Tetapi yang pasti - bil talipon bimbit akan terus meningkat.
Ada sesiapa yang nak jual Blackberry second hand?
Pic by AAT
Wednesday, October 13, 2010
No laptop, no blog, no Bru?
SALAM! Wah, tindakan DSU Rais Yatim terhadap blogger Rockybru mendapat tindakan cepat dari pihak PDRM. Saya dapat tahu Rockybru Datuk Ahirudin Attan dipanggil mengadap pegawai penyiasat SKMM. Beliau diminta membuat kenyataan. Siasatan terhadapnya akan diteruskan. Satu sumber yang rapat dengan blogger mirip Ramli Sarip itu memberitahu laptop (komputer riba) juga telah dirampas olah wakil PDRM dan SKMM. Saya tidak dapat memastikan samada komputer riba itu dirampas dari tangan Ahirudin atau diambil di rumah atau pejabatnya. Bagi seseorang penulis blog, bila komputer riba sudah tiada, kerja jadi rumit sikit. Sekarang dia kena cari jalan lain untuk mengemaskinikan blognya. Saya tak hairan jika ada dermawan memberi komputer riba baru untuk dipakainya. Saya juga yakin pihak PDRM atau SKMM akan mengembalikan komputer itu setelah tamat siasatan. Ini ialah kali pertama Ahirudin dikenakan tindakan sebegini rupa. Dunia blogger sedang memerhatikan apa akan berlaku seterusnya.
Cukup-cukuplah cuti tu beb...!
CUKUP2lah cuti tu Bro! Itulah ungkapan yang diberi seorang sahabat karib dari dunia blog. Apabila saya mula menulis blog ini dahulu, ramai yang ucap tahniah atas inisiatif ini. Sekarang, bila lama tak menulis, kawan2 ini hantar SMS atau mesej dalam facebook mengingatkan saya betapa pentingnya terus menulis. Nasihat kawan2 semuanya sama - kalau tak larat nak meneruskan, tutup saja blog ini. Kuburkan segera. Nasihat mereka saya amat hargai dan akur. Oleh itu, saya sekali mencuba sedaya upaya untuk terus menghidupkan blog ini dan turut mewarnai dunia blog tanahair. Salam perjuangan untuk semua!
pix by Sarah Nor
Subscribe to:
Posts (Atom)