Saturday, June 26, 2010

Tiada lesen bagi mu Ascot!

TIADA lesen judi akan dikeluarkan kepada Ascot. Itu kata PM DS Najib Razak dalam sidang akhbarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat Umno Jumaat. Berita ini membawa implikasi yang besar di kalangan masyarakat negara ini. Bagi TS Vincent Tan, peniaga yang mempunyai pelbagai bidang perniagaan dalam dan luar negara, berita ini pasti mengeciwakan. Beliau disebut sebagai sudah menerima surat memaklumkan bahawa lesen berkenaan akan diberi kepadanya untuk memulakan perniagaan judi, termasuk tarohan bola dan apa juga bentuk perjudian yang lain. Isu lesen judi ini menjadi topik hangat di masyarakat, terutama di masyarakat Islam. Menurut mereka yang rapat dengan Vincent, lesen yang seharusnya diberi kepada beliau bukanlah lesen baru. Ia adalah pembaharuan lesen yang digantung. Pengumuman Najib disambut baik dikalangan masyarakat keseluruhannya. Namun, sudah tentu seteru politik beliau akan mengkritiknya dengan kuat. Malah, ada juga yang akan mendabik dada bahawa merekalah yang sebenarnya mempengaruhi keputusan yang diambil. Selain beberapa pemimpin bukan BN, beberapa pemimpin kanan Umno juga menyuarakan pendapat bahawa mereka tidak setuju dengan apa juga usaha untuk menghidupkan semula atau memberi lesen perjudian baru kepada sesiapa sahaja di Malaysia.

Friday, June 25, 2010

Bila kita boleh ke Piala Dunia?

Empat tahun sekali, peminat bolasepak tanahair menyimpan perasaan geram, marah, keciwa dan sedih. Apabila kita tengok bagaimana Jepun mengalahkan Denmark untuk mara ke peringkat seterusnya di Piala Dunia di Afrika Selatan, ia sudah tentu menjadi satu kebanggaan bagi negara itu. Dan bagi kita yang jauh dari semua ini juga menumpang gembira. Namun dalam hati kecil kita, kita tidak boleh menafikan bahawa pasukan kita sudah jauh ketinggalan di arena bolaseak dunia. Kita pernah menewaskan pasukan Jepun di pestabola merdeka satu masa dulu. Malah, kita juga pernah bersaing dengan Korea Selatan, salah sebuah lagi pasukan Asia yang mempamirkan kebolehan mereka di peringkat tertinggi hari ini. Bila agaknya pasukan bolasepak tanahair akan beraksi di Piala Dunia? Saya percaya kita semua tahu sebab musababnya.

Monday, June 7, 2010

Dunia yang buta mata, buta hati




MISI kemanusiaan membantu Gaza bukannya mudah.Ia berbeza dengan misi kemanusiaan seperti yang pernah kita lihat di Acheh, Kota Tinggi, mahupun di Filipina atau di India dan Afghanistan. Sukarelawan pada keseluruhannya bebas bergerak di semua tempat yang saya sebutkan tadi. Tetapi misi kemanusiaan untuk Gaza mempunyai risiko yang amat mencabar. Dan kita lihat bahawa nyawa jadi tarohan. Maka apabila sukarelawan negara pulang ke tanahair setelah ditahan dan diacu senapang di kepala, maka mereka amat bernasib baik. Di tempat-tempat yang saya sebut tadi, setidak-tidaknya sukarelawan dapat masuk dan memberi bantuan. Tetapi misi ke Gaza yang terbaru ini amat berbeza sekali. Niat mereka tidak kesampaian. Apa juga niat ikhlas mereka untuk memberi bantuan tidak berhasil. Tetapi sebenarnya, mereka amat berjaya sekali. Pelayaran beberapa kapal kemanusiaan yang berakhir dengan rampasan dan pembunuhan itu berjaya membuka mata warga dunia, kecuali mereka yang sengaja buta mata dan buta hati. Tindakan seterusnya ialah bagaimana kita semua boleh menggunakan peluang ini untuk menggerakan satu usaha sejagat untuk membawa rejim Zionis Israel ke muka pengadilan.

Wednesday, June 2, 2010

Halim yakin masuk Gaza bawa bekalan

HALIM dan Jufri, wartawan dan jurgambar TV3 yang kini menghala ke Gaza dengan kapal Rachel Corie, berada dalam keadaan sihat wala'fiat. Saya dapat bercakap dengan Halim melalui talipon satelit sebentar tadi. Kata Halim, dia yakin dapat masuk ke Gaza dan menghantar barang2 yang dipesan khas untuk misi ini. Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad ada menalipon ketua rombongan Malaysia itu, Shamsul Akmar. Wakil kementerian luar juga ada menalipon bertanya khabar. Kata Syamsul dan Halim, mereka menunggu dengan penuh sabar untuk masuk ke Gaza. Mereka juga bersolat hajat di dalam kapal itu diimamkan oleh salah seorang ahli rombongan. Apapun, ayuh kita doakan keselamatan mereka dalam kapal itu.

Tuesday, June 1, 2010

Tembak sukarelawan tu pertahan diri?

BERITA yang kita terima dari luar negara berkata Israel menyifatkan tindakan mereka terhadap sukarelawan dalam kapal Turkey semalam sebagai tindakan menyelamatkan nyawa mereka. "Self defence," (mempertahan diri) kata mereka! Perkara serangan ke atas kapal yang membawa bekalan kemanusiaan itu tidak boleh dilihat hanya dari apa yang berlaku di atas kapal Mavi Marmara itu. Sekatan ke atas Gaza sudah berjalan tidak kurang dari tiga tahun. Ini bermakna rakyat Gaza hidup semata-mata atas usaha mereka dalam tanah tumpah darah mereka yang dijajah oleh Israel. Tiada dagangan, tiada jualan, tiada harapan - itulah yang dilalui oleh rakyat Gaza. Ini bermakna rakyat Palestine di Gaza memang dihalang untuk mendapat apa-apa juga bantuan dari negara luar. Maka, apabila Israel kata yang tindakan mereka ialah "self defence," satu soalan yang timbul ialah - apakah sekatan terhadap Gaza itu bukan satu kekejaman yang juga mengakibatkan penderitaan termasuk kematian dan kehilangan harta benda? Apabila tentera Israel menyerang Gaza awal tahun lalu, apakah ini juga "self-defence?" Sebenarnya, apabila tentera Israel mendarat atas kapal Turkey itu, mereka membawa senjata dan tujuannya bukanlah untuk berkawan atau berdialog dengan sukarelawan berbilang bangsa berbilang negara itu. Serangan itu juga berlaku di perairan antarabangsa, seperti yang disuarakan oleh sukarelawan.

Kita harap dunia tidak termakan dengan kata-kata tentera Israel bahawa tindakan membunuh sukarelawanan ialah usaha mempertahan diri!

Israel wage war on relief volunteers


TV3 managed to speak to Shamsul Akmar very briefly just before midnight. Many had tried to get him but we were lucky to have got him for a while. Shamsul is one of several Malaysians on board a humanitarian ship bound for Gaza bringing help and relief items. Shamsul sounded calm but we all know that Israeli commandos had stormed a Turkish ship on the same mission. My TV3 crew led by journalist Halim is also on the same boat as Shamsul. Astro Awani's crew is believed to be on the Turkish ship, together with several Malaysian volunteers from the NGO, Haluan. A humanitarian mission such as this is fraught with risks and danger. But to be attacked by Israeli commandos resulting in fatalities and injuries is something else altogether. This can be likened to a declaration of war on humanitarian volunteers. Can you beat that? An act of aggression that defies logic! Let's pray hard for everyone in the humanitarian mission. And let's think and plan something more concrete too.

Picture is of Shamsul (left) and A Bakar in London last year during a photo exhibition of Gaza atrocities.