Wednesday, March 10, 2010

Fairuz (dulu PKR, kini Umno) perlu hati2

SALAM! Saya menemubual mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohd Fairuz Khairuddin, dalam program Soal Jawab di TV3 Isnin lalu. Temubual secara langsung itu mendapat pelbagai reaksi sesetengah penonton. Ada yang mengirim email, ada yang menghantar SMS, dan ada juga yang menalipon. Sebahagian besar reaksi memberi markah tinggi kepada Fairuz, yang selama ini dilihat sebagai orang PKR yang cukup setia pada ketua dan partinya. Ada yang melihat Fairuz sebagai pemimpin muda yang boleh diberi tanggungjawab yang jauh lebih besar. Beberapa orang yang kenal beliau berkata Fairuz dilihat sebagai antara pemimpin pelapis PKR yang banyak potensi. Tetapi ada rakan-rakan dari parti komponen pakatan itu yang melihat Fairuz sebagai orang yang boleh merosakkan rancangan mereka untuk mentadbir negeri mengikut kehendak dan selera yang sukar diterima pengundi Melayu di Pulau Mutiara itu. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa Fairuz tidak berkesan sebagai ADUN Penanti dan pemergiannya dari PKR tidak merugikan mereka.

12 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam dato',

Frogs like to hop.
Quake2 here,quake2 there.

Anonymous said...

Salam Dato',

Sudah sampai masanya Fairuz memainkan peranan yang besar dalam dunia persilatan.Besar impaknya apabila dapat mempertabatkan persilatan Melayu di negara ini.

Hakikat yang harus diterima, ramai generasi muda hari ini terutama anak muda Melayu yang tidak mempunyai ilmu dalam arena persilatan dan sudah sampai masanya Saudara Fairuz duduk berbincang dengan seriusnya bagaimana memperkukuhkan lagi dunia persilatan dikalangan masyarakat bandar dan luar bandar.

Justeru itu dapat membantu rohani dan jasmani serta ketaatan kepada agama,bangsa dan negara.

Bagi bidang politik, saya nampak Saudara Fairuz boleh pergi jauh dan apa yang perlu adalah menunjukkan kesungguhan,dedikasi dan yang paling penting amanah.

Politik dan Persilatan tidak boleh dipisahkan kerana ia adalah nadi untuk kita pertahankan negara ini.

Kaizer

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Dalam pergolakan politik sekarang agenda yang teragung ialah bagaimana dan bila Melayu dapat memerintah Pulau Mutiara itu. Kalau ianya tidak berlaku sehinggga kucing bertanduk pun Melayu tidak terbela. C

Yang si Pak Lah tu tidak ada strategi untuk membela Melayu malah menguntugkan bangsa lain. Peruntukan untuk projek seperti jambatan kedua sepatutnya disalurkan untuk pembangunan Melayu.

Begitulah keadaan di merata pelusuk Tanah Melayu dan Malaysia ini. Kerajaan Melayu baik di peringkat daerah,negeri dan negara mengabaikan kaum sendiri. Cuba lihat di-kampung2 pendalaman terutama di Sabah dan Sarawak - sawah dan sungai kering, api-air kekurangan, kesihatan melarat, jalan teruk. Jalan ke rumah kampung saya masih tanah merah padahal hanya suku km dari jalanraya Tampin-Gemas!

Yang lebih diutamakan kawasan perbandaran dengan koridornya, jalanraya sentiasa dinaik taraf. Menteri berkenaan luar-bandar tidak ada strategi menyeluruh tetapi lebih ad-hoc semasa membuat lawatan.

Anonymous said...

tuan,

ini Faruz boleh pakai kah? dulu dia hantam semua orang. Tapi saya respek sama dia. Satu tahun dia duduk diam-diam. Tak kacau orang. Kalau dia buat kerja dengan baik, dia ada chance naik. Tapi ini Umno pun kena jaga juga. Banyak orang ada PHD di situ..

thank you

pusing

Siberangan said...

Tok, saya nampak Fairuz ni, buat masa ini beliau jangan tonjol dan ditonjolkan lagi dalam UMNO ini. Jika beliau nak ka pentas UMNO ikut Ezam dulu. Kerana, dalam UMNO ni bukan tak tahu, ada seni2 politiking yang Fairuz akan jadi frast. Cuma, jika di Permatang Pauh tu, beliau diterima baik, itu ok lah.

La ni usia beliau masih muda. Dalam politik besar ruanglingkup sepakterajangnya. Kita sayang dengan kebolehan beliau bercakap dan kelulusan yang ada kapada beliau (bekas PTD), takut beliau terjerumus pulak dengan kepelbagaian kerenah-kerenah lain.

Jadi, kekuatan pengaruh beliau selaku orang kuat gulungan persilatan Melayu, saya berpendapat elok beliau itu dibawah Dato' Sri Utama Rais Yatim dam bawa beliau memperkasakan seni pertahan diri Melayu ini yang punya ratusan ribu pengikut diseluruh Malaysia sekarang. Tapi jang hanya beliau tumpukan Gayong sahaja. Banyak lagi NGO persilatan lain di negara ini. Beri peluang beliau merangkumkan NGO persilatan ini supaya kita boleh nyatakan pada dunia, bahawa PERSILATAN MELAYU TELAH UJUD RATUSAN TAHUN LAMANYA.

Jangan pinggirkan dia. Gunakan pengaruh beliau dalam bidang ini.
Sebab, masa Dato' minta beliau bercakap fasal persilatan Melayu, saya percaya penuh bahawa Fairuz adalah seorang tokoh yang boleh membawa dunia persilatan Melayu kaarus perdana seni pertahankan diri.

Terima kasih Dato'.

Anonymous said...

Fairuz ni tak berapa cerdik saya nampak kerana dah dapat jawatan Timbalan Ketua Menteri Penang pun tak bolih buat kerja! Dia tak ada future dalam politik terutama sekali bila masuk UMNO.....ramai ada Phd disitu!

Anonymous said...

Terlampau muda (belum matang) untuk diberi jawatan Tim. Ketua Menteri P.Pinang. Kalau kawasan BN ok lah....hangatkan kerusi aje dah cukup (macam Ibrahim dan Shariff). P.Pinang dibawah Pakatan kerusi itu sangat 'panas' dan beliau tak ada pengalaman langsung mentadbir bukan hanya Negeri tapi kawasan Parlimen. Orang kata jawatan tersebut menjadi 'cultural shock' kepada beliau. Bukan salah dia salah Anwar!

Radzuan said...

Datuk,

I always belief every malay in this land must join UMNO. This Party has contributed tremendously to the well being of our race. If one read on The Malay Dilemma,written by Dr Mahathir,one could imagine that the majority Malay were 'left behind' in many aspect of life during that time.Lucky we have these briliant Prime Ministers who have the deep understanding of the Malay misfortune and work tireless to improve it. We must support our UMNO.We must vote the best person and not the popular one to be our Prime Minister.
Let us work and fight together for good sake of our Malay.

Anonymous said...

salam dato,
sayang seribu kali sayang..darah muda menguasai diri saudara..ada masa depan tapi masih jauh perlu kesabaran..pikiran harus matang.. saudara berdayung tapi karam ditengah lautan..saudara lemas.. saudara punyai cita-cita dan inspirasi sendiri untuk diperjuangkan tapi dalam politik perlu ada pengorbanan dari segi pemikiran..kematangan..prinsip dan taat setia..maaf!!!perjuangan saudara sudah berakhir dan berkubur..tiada pendiriaan!!! pikir lah sendiri hala tuju saudara selepas ini..binasa!!! ibarat menuntut ilmu tapi memakan diri kerana derhaka pada guru!!!.

Anonymous said...

FAIRUZ PERLU BERSIHKAN DULU DIRI DIA DARI KESILAPAN LAMPAU. DIA ADA POTENSI...

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya suka cara Datuk conduct Soal Jawab dengan Ong Tee Kiat malam tadi. And his Malay is superb I must say. Datuk tanya soalan dan bagi masa kepada tetamu untuk jawab. Datuk nampak genuinely interested in the answers. Tak macam pengacara-pengacara muda yang asak tetamu dengan soalan, tapi bila tetamu jawab, dia orang potong cakap tetamu pulak. Datuk juga strukturkan soalan, dan bagi tahu tetamu next soalan yang Datuk akan tanya nanti. Nampak tersusun dan tak kelam kabut. Datuk sendiri banyak pengetahuan dalam politik.

Last time saya tengok Datuk, masa mula-mula Datuk kendalikan show tu, nampak tense sikit. Malam tadi ok sangat.

Anonymous said...

tidak sedia sebagai pentadbir..tidak ada kredibiliti, cetek pengalaman, punca ramai pemimpin PR gila kuasa dan sempit wang membantu rakyat, rakyat dah biasa dgn rentak BN, bila ada sedikit kekurangan, org akan berpaling dari PR, PR hanya tahu janji..last last ketuanya kata kalu nak pangkat dan wang PR bukan tempatnya,,padahal itu yg dijanjikan kpd pemimpin PR sebelum ini...tak hairan lebih ramai akan lompat parti atau keluar parti lepas ni..