Wednesday, February 10, 2010
Zulkifli: DAP duri dalam daging PKR
YB KULIM BANDAR BARU, Zulkifli Noordin, menyifatkan DAP sebagai duri dalam daging dalam PKR. Katanya, belang sebenar DAP sudah mula nampak. YB muda itu juga berkata keadaan dalam PKR pun nampak kelam kabut, dan beliau terpaksa memikirkan kedudukannya dalam parti itu. Malah, PKR sendiri akan membuat keputusan samada Zulkifli akan kekal dalam parti atau tidak ekoran tindakannya membuat laporan polis terhadap MP Shah Alam, Khalid Samad, dari PAS dalam isu kalimah Allah. Zulkifli nampak bersungguh-sungguh memperjuangkan prinsip agamanya, dan ini akan menjadi obor perjuangannya sekarang dan di masa hadapan. Saya membawanya ke studio di TV3 untuk program Soal Jawab dan beliau berkongsi pengalaman bergerak dalam PKR. Banyak sungguh cerita YB muda yang lantang bersuara ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
I was watching the show as well the other night.
Congratulation! Great job!
Zulkifli has exposed a great deal on PR’s shattering coalition. Hopefully Malaysian will now see the real ‘face’ of DAP.
Dato,
Tahun ni kan tahun rimau...maka belangnya makin le jelas di lihat.
Saya menyokong perjuangan YB Zul yang berprinsip tegas walaupun di hemtam oleh ramai firaun kecil dalam PKR dan rakan Pakatan.
Prinsip agamanya patut di contohi PAS yang memperjuangkan agama tetapi takut bersuara benar kerana takut hilang undi bukan Islam.
Kalaulah mereka yang berani bersuara dihemtam maka ramailah pak turut dalam PKR dan Pakatan.
Fikir - fikirkanlah masa depan Pakatan
YBhg. Datuk,
Saya berpendapat amat bertepatan sekali dengan tindakan YBhg. Datuk memanggil YB Zulkifli Nordin untuk bersemuka dalam Rancangan Soal jawab di TV3 baru-baru ini. Dengan ini, rakyat boleh tahu dari dalam, apa sebenarnya yang berlaku dalam PR ketika ini.
Daripada pandangan yang diluahkan YB Zulkifli itu, saya berpendapat bahawa sudah sampai masanya media (tidak kira aliran, media arus perdana, media baru dan sebagainya) kini membuat penilaian atau 'assesment' terhadap manisfesto PR pada pilihanraya lalu.
Ini kerana, selepas hampir dua tahun, kita sendiri boleh menyaksikan apa perubahan atau apa janji yang telah ditunaikan, berbanding dengan Barisan Nasional yang 'cakap serupa bikin'.... melaksanakan tanggungjawabnya bukan sahaja kepada pengundi mereka, malah kepada semua rakyat.
Masyarakat kini perlu sedar bahawa, memilih kerajaan bukan boleh dibuat sesuka hati menerusi ceramah siapa lebih menyengat... tetapi ia sepatutnya dibuat menerusi 'track record' calon dan parti yang diwakilinya. jelaslah kini, walaupun sudah menang, PR hanya boleh beretorik dan berpolitik, dan bukannya mahu berkhidmat kepada rakyat yang mengundi mereka.
saya berpendapat, rakyat selepas ini, perlu sedar bahawa negara kita yang kita cintai ini, memerlukan pemimpin yang memikirkan pembangunan dan kemajuan masyarakat dan negara masa kini dan akan datang, daripada hanya memilih pemimpin yang hanya pandai berpidato sahaja, tetapi tunduk kepada golongan tertentu yang cuba menangguk di air keruh.
Sekian pendapat saya, terima kasih.
Kamarul Bahri Abdul Kadir
Bukit Subang, Shah Alam.
Kalau duri dalam daging utk PKR ,no problem ok bolih makan tak ada pantang , sebabnya dia nak perintah pun sekejap aja macam bintang tiga , tapi klaau BN . itu duri kena buang dulu , tengok pulak daging apa? nanti salah makan daging naya.Sebabnya kalau elok dan sehat orangnya akal sempurna bolih memerintah lama .. Kita tak mau orang yang semberono tak faham ujung pangkal..Perlembagaan tak tau... Kehakiman dan perundangan mau ikut selera sendiri ...tak bolih nak terima hakikat...Jadi sangat eloklah mereka makan duri dalam daging..
Saya memuji sikap YB Zulkifli ini.
Dia nampaknya tidak terikat dengan sumpah setia sesama ma'anusia. Kesetia'annya hanya kepada Allah. (Sepintas lalu, inilah sikap yang menyangsikan kita terhadap kejaya'annya).
Namun, kalau di-fikirkan, pendirian sebeginilah yang kita perlukan. Dalam sesetengah parti, persepsi 'yesman' amat menular sekali sehingga di-lihat parti tersebut tidak demokratik. Kepimpinan atasannya nampak tidak demokratik, dan pemimpin pertengahan dan bawahnya kelihatan tidak berani bersuara - cuma jaga 'ponggong' sendiri saja! (itu persepsi..)
Olih itu, pendekatan YB Zul ini satu denyutan baru kepada cara orang Malaysia berpolitik.
YB Zul tak patut masuk politik kerana ini akan hanya merugikan dia sendiri....baik jadi pendakwah bebas. Politik hanya untuk mereka yang bolih bertolak ansur dan sudi berbincang sesama sendiri kalau tak bolih inilah contohnya! Berhenti sajalah YB Zul.....jawatan YB itu bukan berguna diakhirat nanti!
Post a Comment