Thursday, December 17, 2009

Msia menang - gua mula caya sama lu!





SIAPA sangka! Setelah dikalahkan oleh Vietnama 3-1 dalam perlawanan pusingan di Sukan SEA, Malaysia hari ini bangkit dan mengalahkan Vietnama 1-0, sekaligus memberi kegembiraan luar biasa kepada peminat bolasepak tanahair. Rata-rata peminat bolasepak mengerumuni peti televisyen tidak kira di mana sahaja untuk mengikuti perlawanan yang ditayang secara langsung oleh TV2 dan TV3. Sekarang, peminat bolasepak tanahair mungkin kembali menunjukkan sokongan di belakang pasukan negara. Kita juga harap pemain-pemain muda ini jangan mudah besar kepala. Juga, kita harap mereka terus memperbaikki mutu permainan. Jika tidak, peminat bolasepak akan hanya ingat nama-sama seperti Torres, Messi, Henry, Rooney dan Gerard sahaja.

Wednesday, December 16, 2009

Mengapa puaskan hati yg mengkeritik?



HARI ini sahabat saya di Utusan Malaysia lancar mogok menulis. Zaini Hassan, penolong pengarah Utusan yang banyak pengalaman, ialah kolumis yang menulis seminggu sekali dalam kolumnya "Cuit." Tulisannya minggu lalu (lihat www.utusan.com) mendapat reaksi luar biasa di kalangan sebilangan pembaca. Sudah ada tiga laporan polis terhadap artikel Zaini yang menceritakan perspektif beliau ketika berada di Hyderabad untuk Forum Pengarang Sedunia kira-kira dua minggu lalu. Saya berada dengannya di Forum yang sama. Tulisan Zaini yang berjodol India di India, India di Malaysia rupa-rupanya menjadi hangat dan ditentang sebahagian pembaca keturunan India di sini. Inilah antara cabaran penulis tanahair. Ada sahaja pihak yang tidak senang dengan buah fikiran orang lain. Saya harap Zaini jangan pedulikan sangat pandangan mereka ini dan terus menulis. Jika Zaini tidak menulis, maka bergembiralah mereka yang berusaha melenyapkan suara seorang lagi penulis kita. Soalan saya pada Zaini: mengapa biarkan mereka lenyapkan suara mu yang lantang beb?

Tuesday, December 1, 2009

I live to fight another day...

"MY FAMILY and I live under constant threats. My life is threatened. It's all because I do my job as a journalist, as an editor, nothing more, nothing less," said Najam Sethi, Editor in Chief of the Friday Times and Daily Times, Pakistan. Najam said this when receiving the Golden Pen of Freedom Award, an annual award given for outstanding and exemplary journalistic work. The award is organised by the World Association of Newspapers and News Publishers. The award ceremony was made at the opening of the World Editors Forum in Hyderabad, India. In a simple yet meaningful ceremony, Najam said he has been imprisoned several times under the regimes of Benazir Bhutto, Zia ul-Haq and Nawaz Sharif.