Saturday, June 27, 2009
Michael Jackson won't be there no more...
I WAS courting my girlfriend in 1971 when I first heard Michael Jackson's song 'I'll be there.' He was then part of The Jackson Five, with his siblings, as they created a new history in pop music. I remember the song well because that was the year Kuala Lumpur saw its biggest floods. And everyone was whistling or humming Michael's song. The floods subsided but the Jackson Five, and especially Michael, soared to new heights of fame and glory. The world musical stage changed with Michael's entry, and he became a global brand and icon for years to come. When Ghazalie sent me a text message very early yesterday morning, I thought to myself - it was one hell of a wake up call! I did get to see Michael live in KL when he toured the far east many years ago. What a thriller it was! Today, Michael's no more. His music lives on; his famous moonwalk will resurface; and his CDs will be reproduced and continue to sell very well. May you rest in peace, Michael Al-fatihah.
Monday, June 22, 2009
Manek Urai buat Nik Aziz berlembut?
MENTERI BESAR Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah tidak lagi begitu kuat membantah usaha kearah pembentukan sebuah kerajaan perpaduan. Kenyataannya yang terbaru seolah-oleh pemimpin Pas itu sudah berkendur dalam hal ini. Sudah tentu ramai ahli Pas merasa lega dengan kenyataan beliau. Mungkin juga ada yang masih marah dan keciwa dengan "U-turn" Nik Aziz. Bagi mereka yang mengenali Nik Aziz, mereka mungkin tidak hairan dengan partukaran pandangan pemimpin veteran lagi disegani ini. Orang politik berbisik sama sendiri bahawa Nik Aziz akan terus membantah sebarang usaha pembentukan kerajaan perpaduan yang membabitkan Pas dan Umno. Kedua parti Melayu pernah tidor sebantal tetapi "perkahwinan" ini tidak kekal dan berakhir dengan penceraian yang melukakan hati. Timbul satu soalan di kalangan orang politik yang mahir dalam ilmu persilatan politik tanahair - apakah kenyataan Nik Aziz ini dibuat semata-mata kerana pilihanraya kecil Manek Urai bulan hadapan? Nik Aziz tidak mahu pengikut Pas lari dari parti itu dan memihak kepada Umno apabila keluar mengundi pada 14 Julai nanti. Pengikut Pas yang setia tidak mungkin berbuat demikian, tetapi dalam politik, macam-macam boleh jadi. Kita lihat perkembangan seterusnya.
Thursday, June 18, 2009
Sepak terajang dalam PAS makin kuat
SALAM! Apa yang berlaku dalam PAS hari ini? Apakah parti ini sedang dilanda bahang politik dalaman yang semakin panas? Jika Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kata-kata yang keras terhadap Timbalan Presiden yang juga Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, mesti ada yang tek kena dalam parti itu. Hanya mereka yang dalam pucuk pimpinan atasan Pas sahaja yang mengetahui sebab musabab mengapa pertelingkahan ini berlaku. Samada pertelingkahan ini akan merebak belumlah dapat diketahui, tetapi sudah tentu ia tidak akan reda dengan mudah. Ini adalah hal rumahtangga Pas. Parti lawan dan kawan dengannya tak perlulah campur tangan. Memadai dengan meninjau dari jauh. Mungkin ada yang beranggapan bahawa ada pihak tertentu dalam Pas yang didalangi DAP atau ada pula yang melihat ada pihak yang menjadi rakan seperjuangan pihak tertentu dalam Parti Keadilan. Apapun, ini adalah sebahagian dari permainan dan sepak terajang politik. Pas baru sahaja memilih barisan pemimpin kanan mereka. Malah, baru-baru ini Mantan PM Singapura Lee Kuan Yew ada menemui pemimpin kanan PAS untuk meninjau pendapat mereka. Tak mungkin lawatan itu menghasilkan kekecohan seperti yang terdapat hari ini. Kita tunggu dan lihat kesudahannya.
Sunday, June 14, 2009
Saya kembali ke NSTP, Rocky ke Malay Mail
ALHAMDULILLAH, saya kembali bertugas di kumpulan NSTP beberapa hari lalu sebagai Pengarah Eksekutif (Berita) selepas 'cuti sabbatical' beberapa tahun. Saya juga diberi tugas tambahan sebagai Pengarah Eksekutif (Berita) di Media Prima, pemilik TV3, TV7, TV8 dan TV9. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat, rakan dan taulan yang menghantar SMS sejak berita perlantiakn saya tersebar di beberapa akhbar tempatan. Saya pernah berkhidmat di kumpulan NSTP sejak 1978 di akhbar Business Times sebelum dipindahkan ke Berita Harian dan akhirnya ke New Straits Times. Kerjaya saya sebagai wartawan bermula pada 1972 di Bernama, sebagai wartawan kadet di Meja Ekonomi. Kerja wartawan ini amat mencabar tetapi menyeronokkan. Saya yakin pengalaman saya sebagai blogger dapat membantu tugas dan tanggungjawab yang saya pikul. Seorang lagi rakan yang diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas berat di Jabatan Pengarang NSTP ialah Zainul Arifin yang memegang jawatan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP. Di akhbar Malay Mail, yang dahulunya menjadi salah sebuah akhbar popular di Lembah Kelang, blogger Ahirudin 'Rockybru' Attan kembali menerajui akhbar itu. Ahirudin dan saya akan terus mengendalikan blog kami manakala Zainul pula akan berusaha sedaya upaya untuk memberi nafas baru kepada operasi e-media di NSTP. Mudah-mudahan, usaha kami diberkatiNya sentiasa.
Tuesday, June 9, 2009
Mengail beri kepuasan, galak perniagaan
RAMAI betul kaki pancing di Malaysia ni! Saya sempat meninjau pertandingan memancing anjuran Berita Harian melalui unit Joran di Pekan, Pahang hujung lalu. Pengail dibahagikan dalam dua kategori - laut dalam dan pantai. Mereka yang bertanding dalam kategori laut dalam berlepas dengan bot masing-masing pada pukul 10 pagi Sabtu dan diberi tempoh kira-kira 24 jam untuk mencuba nasib dan kepakaran. Bagi kategori pantai, pengail bertanding dari pukul 8 pagi hingga pukul 1 tengahari pada hari Ahad. Suasana meriah sekali. Dari tinjauan saya, hobi memancing ini menghasilkan jualan berjuta ringgit setiap tahun. Di Kuala Pahang, Pekan, pesta memancing itu membawa masyarakat setempat bergaul dengan lebih mesra sesama mereka dan dengan pelancong dalam negeri. Satu suasana muhibbah juga jelas dirasai di pesta itu. Berikut ialah antara gambar yang sempat saya rakam.
Monday, June 8, 2009
Resort cantik tetapi langsir bilik air...
BAGAIMANA rasanya kalau anda menginap di sebuah hotel dan tingkat bilik airnya tidak ditutup rapi? Malah, langsir tingkap yang ada cuma dapat menutup sebahagian tingkap itu dan sesiapapun boleh menjengok ketika anda mandi. Ini yang saya hadapi ketika menetap di Indrapura Resort di Pekan hujung minggu lepas. Harap-harap pengurusan hotel itu dapat memperbaikki keadaan secepat mungkin. Kakitangan hotel itu kebanyakannya peramah dan suasana di sekitar hotel juga aman dan tenteram. Saya mungkin menetap lagi di situ jika berkesempatan tetapi tingkap bilik airnya mestilah ditutup rapat dengan kain langsir yang cukup panjang atau lebar.
Wednesday, June 3, 2009
Bapa blogger The Scribe meninggal dunia
Al-FATIHAH. Haji Jasin Tahir, 86, ayahanda kepada Blogger Datuk A Kadir Jasin, meninggal dunia pada kira-kira pukul 1130 malam (2hb Jun) akibat sakit tua. Saya sempat menziarah arwah di rumahnya di Pendang, Kedah pada 1hb Jun dan bersama-sama jemaah surau dalam bacaan Yasin beramai-ramai. Allahyarham meninggal di rumah setelah mendapat rawatan di hospital sebulan lalu. Allahyarham meninggalkan balu Hajah Cik Ah binti Said. Allahyarham yang pernah menjadi AJK Umno bahagian satu masa dulu juga meninggalkan 8 anak, 31 cucu dan 18 cicit. Salam takziah kepada Sdra Kadir sekeluarga. Moga-moga roh Allahyarham dicucuri rahmat olehNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)