POLITIK memang pelik. Semasa belum menerima pencalonan, mereka yang berhasrat nak menjadi pemimpim utama ke sana ke mari melobi sokongan. Pelbagai bentuk pujuk rayu digunakan.
Dan sekarang, selepas mendapat pencalonan, dan layak pula bertanding jawatan utama, tiba pula rasa sangsi, seolah-olah kurang yakin dengan pendirian awal. Mereka yang nyaring melaungkan demokrasi bertukar menjadi suara yang lemah semangat dan mudah ditarik hidung.
Hari ini, cerita dan berita mengenai politik menjadi bahan utama di mana sahaja - di warung, di pejabat, di dalam teksi, di bilik lembaga pengarah. Malah di mana sahaja orang berkumpul, politik menjadi bahan perbualan hangat.
Selama dua hari berturut-turut, permainan politik Wanita Umno mendapat tempat utama di dada kebanyakan akhbar. Berita televisyen juga memuatkan sepak terajang dan tangkis menangkis yang berlaku dalam pergerakan itu.
Yang jelas ialah pendirian Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz, yang tidak mahu jawatan tertinggi itu dipertandingkan. Beliau mendapat 117 pencalonan, dan ini tidak cukup untuk membolehkannya menang tanpa bertanding. Orang nombor dua dalam pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mendapat 73 pencalonan, sekaligus melayakannya bertanding, jika mahu.
Ramai melihat Shahrizat mahu, tetapi malu. Mereka juga berpendapat bahawa Rafidah tidak mahu dirinya ditanding, dan tidak malu-malu menjelaskan kedudukannya.
Dalam gelanggang wanita, semua sekarang menunggu gerak langkah Shahrizat seterusnya. Terus mara dan bertempur. Atau undur dan telan sahaja air liur. Apapun, rentak dan gerak Shahrizat ditatap rapi oleh Rafidah dan penyokongnya.
Shahrizat mungkin bermain tai chi dalam mindanya sebelum dapat menyenyakkan diri. Jika dia undur, dia akan berhadapan dengan ahli EXCO pergerakan itu, Datuk Kamilia Ibrahim, yang kini layak bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Wanita setelah mendapat 55 pencalonan.
Kamilia tetap dengan pendirian bahawa dia tidak akan undur. Pantang sekali, ujarnya. Beliau tidak mahu menghampakan 55 bahagian yang menaruh harapan terhadap kebolehannya.
Shahrizat perlu meneliti dengan sebaik mungkin gelanggang mana yang dia mahu bersilat. Kalau mengikut resmi pendekar atau srikandi, alang-alang menyelok pekasam, biar ke pangkal lengan! Kalau sudah begitu lama berguru, mengapa harus cuak dan mematikan langkah sendiri?
Sebanyak 73 bahagian mahukan Shahrizat mengambil alih kepimpinan pergerakan. Ini bermakna, Rafidah tidak lagi mendapat sokongan penuh pergerakan. Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak perlu cuba memujuk Rafidah untuk mempercepatkan pelan peralihan dari Jun tahun depan kepada Mac.
Setelah tewas ditangan Puteri Keadilan, Nurul Izzah, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shahrizat perlu memulihkan kewibawaannya. Jika dia mahu mengekalkan kepercayaan penyokongnya, Shahrizat perlu menghunus keris dan masuk gelanggang untuk menebus maruah akibat kekalahan dalam Pilihanraya 8 Mac lalu.
Sesiapa yang melihat berita TV semalam akan ingat betapa lemah-longlainya Shahrizat di sidang akhbar selepas mesyuarat EXCO Wanita. Dengar khabar, beliau diasak dengan kuat oleh Rafidah dan tidak mampu menunjukkan sebarang semangat juang seorang pendekar.
Shahrizat muncul sebagai MP Lembah Pantai dengan penuh gaya dan dilihat sebagai pemimpin yang bertenaga. Ya, dia kalah dalam PRU yang lalu. Tetapi banyak faktor luaran yang menyebabkan dia tewas, termasuk rasa benci pengundi terhadap kepimpinan negara ketika itu.
Jika Shahrizat tidak bertempur kali ini, bintang politiknya akan malap, dan dia akan dipinggir. Rafidah tidak ada ilmu kebal. Tetapi beliau berani dan menggunakan reputasinya untuk 'menggerunkan' sesiapa sahaja yang berhasrat melawannya.
Thursday, November 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
macam-macamlah pahit manis. tulis macam tahu semua. kejap najib, lepas tu muhyiddin sekarang shahrizat. penulisnya nampak macam pandai tetapi sebenarnya bodoh. mecam kera hutan
Shahrizat kali ini betul-betul tersepit.
Jika dilawan Rafidah, majoriti pencalonan berpihak kepada kak pidah.. kemungkinan untuk menang belum pasti.
Jika dibiarkan, apa kata akar umbi terhadap Shahrizat.. calon mereka yang takut? Mampukah calon yang takut mewakili suara Wanita?
Jika Shahrizat lawan Kamilia... keadaan senario wanita hari ini telah mencerminkan Shahrizat yang takut. Mungkinkah perwakilan berpaling arah kepada Kamilia yang berpegang tegas pada pendiriannya?
The best part will be... Sekiranya Kamilia menang... will Rafidah stay longer? Should transition plan as in June... KAMILIA WILL BE THE NEXT CHIEF WANITA...
Oh Yes! But poor Shahrizat!
Rafidah mempunyai mutu kepimpinan yg sangat jelas lebih hebat dari Shahrizat . kelemahan Rafidah hanya tidak ramai yg dapat menerima style Rafidah yg very direct tidak mengambil sikap populist macam Shahrizat .
Rafidah menang PRU 12 Shahrizat kalah PRU 12 diLembah Pantai walaupun beliau rasa beliau populardi Lembah Pantai . PakLah dan Najib turut sama membantu semasa kempen PRU 12 . Tony AIRASIA juga turun membantu Shahrizat berkempen.
JIka mengambil budaya accountibility Shahrizat tidak layak menjadi Ketua Wanita kerana ditolak olih Rakyat.
UMNO misti memikirkan isyarat yg diberi olih Rakyat.
Datuk,
Apa dah jadi dengan favourite saya yang cun dari johor tu? Halimah Sadique? Tak dengar dan tak nampak pun. Saya rasa dia kuat kerja jugak tu. Dia tak ada peluang naik ke?
ali bukit jalil
UMNO akan terurai kerana sayap kanannya patah? Menarik jugak
Pemimpin seperti Shahrizat lebih banyak airmata dari peluh bekerja elok duduk di rumah sahaja.
Wanita memerlukan kepimpinan seperti Rafidah yang tegas dan lantang, kuat kerja dan menguasai ilmu malah jika bukan kerana faktor umur, Rafidah jauh lebih baik dari Najib, hatta Paklah sendiri untuk duduk di jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
TDM sepatutnya melantik Rafidah sebagai penggantinya membolehkan Malaysia terus lebih maju dari apa yang diwariskan oleh Tun sendiri.
Lupakan Sharizat yang lemah, wanita jenis pak turut, lembek macam Paklah hanya seperti melukut tepi gantang.
Begitulah hakikatnya wanita Datuk, sebagai `nombor satu’ tulah yang nak dipertahankan, waima dalam hidup berumahtangga sekalipun. Kerana status nombor satu tu `powernya’ dirasakan seperti boleh menguasai segala kehendaknya. Dalam hal ni, coweng rasa, Shahrizat mahu bermain dengan budi bicara dan lebih bersopan dalam politik. Menghormati yang lebih tua dan lebih berpengalaman. Tapi, takkan dia yang sudah lama dalam politik pun tak faham-faham, permainan politik tu macam mana? Alang-alang dah ada di tengah gelenggang, tempur jer lah, tak kan nak jadi pak pacak pulak. Keyakinan diri dan menggenggam kepercayaan yang diberikan oleh akar umbi tu yang pentingkan. Kalau Shahrizat tak ada keris nak dihunus, keluarkan jer taring dan kuku. Mungkin Shahrizat takut kok jadi `Lobai Malang’ ni.
Biasalah tu. Malu-malu kucing. Kalau tegas pendirian tidak ada masalah tersepit seperti yang diutarakan oleh 'mantra'. Kalau sindrom tersepit sentiasa digunakan dalam berpolitik, bagaimana jika Shahrizat selaku PM, diminta oleh MCA buka sebuah lagi Universiti yang menggunkan medium bahasa mandarin sebagai bahasa yang digunakan pakai di universiti yang dicadangkan. Tersepitlah kot. Perwakilan kena bijak membuat perkiraan siapa yang harus diangkat. Jangan berikan laluan seenaknya kepada pemimpinan wanita yang terlalu ber style kan wmak atau seorang ibu dekat rumah.
Mereka mesti gagah dan tegas dalam membuat keputusan. Dan mestipula segera.
Pahit Manis,
Silalah kunjongi chilliriver.blogspot.com dan luahkan komen anda sebaiknya. Thanks.
sharizat ni lebih kepada menjadi pawn untuk PakDol, mcm Ali ngan Mat Tyson jugek.
Rakyat Melayu semua dah tau dan kenal PakDol sebagai perosak institusi2 org Melayu. Bnyk tindakan PakDol yg menjadikan Melayu at a disadvantaged. Kekalahan di 5 negeri rata2 sentimen org Melayu benci PakDol anak-beranak dan kuncu2nya. Kalau sharizat dengar nasihat PakDol mcm Ali ngan Mat Tyson melawan arus yg dicetus oleh akar umbi UMNO yg teramat benci kpd PakDol n famili maka sharizat ni nampaklah sebagai pemimpin wanita UMNO yg tak berpendirian. kalah nya sharizat ngan nurul izzah adalah kayu pengukur yg agak tepat yg menunjukkan ssharizat ni bukan kuat sangat, tapi lebih kpd mencari populariti diri sendiri.
Sharizat memang tersepit skrng.Inilah akibatnya bila asyik2 desicion yg dibuat sblum2 ini utk mencari populariti dan kurang menunjukkan jatidiri.
shahrizat sedang dalam keadaan tersepit sekarang.jika Kamilia tetap bertegas mahu bertanding,maka terpaksa la shahrizt bertanding.untuk jawatan presiden pula jika jawatan tersebut dipertandingkan maka dia terpaksa berlawan dengan Rafidah.
shahrizat boleh samada menang atau kalah dalam mempertahankan kerusi naib ketua atau bertanding sebagai ketua.
jalan selamat buat Shahrizat ialah jika pelan diteruskan seperti biasa dan Kamilia akur pada pelan tersebut.
tetapi sekarang ni wanita UMNO Sabah pula sudah bersuara menentang pelan peralihan kuasa!
Apa Ali Bukit Jalil cakap tu betul. Halimah Sadique orang kerja kuat.
Masalah Wanita Umno ni tak suka dengan wanita yang bijak dan rajin bekerja.
Tengok Azalina Said disekat dari bertanding
Resmi perempauan, kalau pegang kuasa susah nak lepas.
Anty Fidah tu I rasa nak tunggi Najib naik dan dia dilantik jadi menteri semula.
Sebab tulah tunggu Jun.
Cukup-cukuplah tu aunty. Duit berjuta bukan boleh bawa ke kubur.
Jagalah cucu-cucu selagi tuhan beri umur lagi
"Diluah mati emak, ditelan mati bapa"... Itulah yang dihadapi oleh Sharizat sekarang... Nak bertanding lawan Rafidah, takut kalah. Kalau tak lawan Rafidah, beliau takut dengan Kamilia...
Shahrizat sebenarnya banyak penyokong grass root. Kalau dia lawan Rafidah, dia boleh menang. Rafidah tak a da alasan kukuh apa yg dia nak sangat pada 3 bulan tu. Klau dia berjiwa besar, lepaskan sahaja pada Shahrizat. Rafidah balik2 kata tak nak perpecahan berlaku...habis tu yg Timbalan Presiden pun bertanding, semua sayap2 lain boleh bertanding, tiba2 wanita tak boleh bertanding sbb akan pecah belah parti. Tak logic langsung alasannya.
Halimah Sadique to muka je nampak cun, tapi tin kosong. Knock-knock...anybody up there? tak ada idea punya org. Cakap je pandai.
Kamilia is better. She is a lawyer, a no-nonsence lady. Straight forward and firm. A mini-Rafidah in the making perhaps, albeit a better one.
dalam hal ini, rafidah yang sepatutnya malu. lebih separuh bahagian wanita mahukan sharizat jadi ketua, mencerminkan kehendak akar umbi yang sukar dinafikan. rafidah harus akur dengan suara ahli, bukan akur dengan kehendak kepentingan peribadi.
Assalamualaikum.
Sepatutnya ijat terjah ja kak pidah. Apa guna terpaksa memangku 3 tahun semata2 untuk memuaskan kehendak kak dah 3 bulan. Kerana 3 bulan..sanggup kak dah biarkan Wanita UMNO dipangku 3 tahun tanpa ketua. Sanggup pulak melihat jawatan timbalan kosong...
isk..kak dah...tak payah la susah2...
ijat pun..jangan malu2...habaq jaa...takpa aih...
Sebenarnya kita pun tidak faham mengapa Wanita UMNO perlukan peralihan kuasa, lebih-lebih lagi dari Rafidah kepada sharizat. Yang tak sukakan Rafidah hanya orang-orang dari kumpulan Pak Lah dan orang-orang yang di luar UMNO. Wanita UMNO, rata-rata masih sukakan Rafidah dan ini terbukti dengan jumlah pencalunan yang beliau perolehi.
Jadi mengapa Rafidah mahu mengalah dengan menyerahkan kuasa kepada Sharizat? Bukankah Pak Lah akan berundur? Jadi mengapa nak dipersetankan apa orang-orang Pak Lah akan kata. Biarkan lah mereka terjun dengan labu-labu nya.
Rafidah juga tidak perlu mendengar apa orang-orang diluar UMNO nak kata. Kalau kita hendak mendengar semua itu, malah DS Najib pun seharusnya mengundurkan diri!!!
Bukahkah Rafidah yang menang di Kuala Kangsar dan Sharizat yang kalah di Lembah Pantai? Jadi mengapa yang menang pulak harus mengundurkan diri dan menyerahkan kuasa kepada orang kalah? Dan kalau perlu sekali pun untuk menyerahkan kuasa, cari lah calun yang lebih baik yang boleh menjamin kemenangan
di PRU akan datang dan sudah tentunya bukan Sharizat. Sharizat pasti akan kalah lagi ditangan Nurul Izzah di PRU ke-13.
Nampaknya kalau Rafidah benar-benar hendak menyerahkan kuasa kepada Sharizat, Rafidah juga perlu menyerahkan kerusi Parlimen nya kepada Sharizat. Jika tidak,
Wanita UMNO akan terus dipimpin oleh seorang 'looser' yang hanya mampu berteduh dibawah ketiak Perdana Menteri.
Fikir-fikirkan lah wahai kaum Wanta!!!
Datuk,
Bagi saya Shahrizat tidak adalah pilihan selain daripada bertanding jawatan Ketua Wanita, jika mahu terus hidup dalam poitik. Jika Shahrizat ikut telenjuk Rafidah, saya pasti akar umbi UMNO dan Wanita UMNO tidak akan menghormatinya lagi. Kita mesti ingat Rafidah ini bukan kebal, dia biasa kalah. EXCO wanita UMNO sekarang semuanya orang Rafidah rtidak hairanlah mereka menyokong bos mereka. Dalam politik sokongan tidak kekal selama-lamanya. Bila Shahrizat menang lebih daripada tiga suku anggota EXCO wanita sekarang akan sokong bos baru, malah mereka tidak segan silu hentam Rafidah.Saya yakin kita Shahrizat tidak bertanding ketua Wanita, dia pasti kalah merebut jawatan no.2 kerana perwakilan Wanita tidak akan sokongnya terutama Bahagian-bahagian yang mencalonnya untuk jawatan Ketua wanita.Berakhirlah riwayat politiknya Mac ini.
Wanita Kelantan.
Teman rasa lagi bagus pada wanita kalau Rafidah jadi Ketua dan Kamilia jadi Naib. Dalam kaedaan UMNO dah nazak ni diperlukan pimpinan yang bukan saja kuat dan tegas tapi nampak kuat dan berpendiran.HIDUP UMNO, HIDUP RAFIDAH DAN KAMILIA. TOLAK PEMIMPIN YANG TAK ADA TULANG BELAKANG.
alah...yang banyak sangat nak komend dan kutuk2 orang lain tin konsong lah, aunty lah....memang lah sedap bercakap di luar. korang yang tak tahu apa-apa hal wanita umno di cadangkan baik diam diri. yang fanatik kat kamilia tu tak payah lah "up" lebih2. Kamilia tidak membuat kerja di peringkat wanita umno. itu sudah cukup melambangkan yang dia hanya gila jawatan. Lawyer pulak tu...banyak membelit cakap dari buat kerja, itu saja lah kerjanya. yang mencadangkan dia naib ketua pun, sudah maklum siapa mereka (wanita-wanita yang tak bekerja tetapi gial jawatan). So, sebelum nak kutuk2 hal wanita, baik jaga hal dalam kain korang sendiri lah
To:Dr.Novandri Hasan
Naib Ket Pemuda,Bukit Gelugor.
hang bak bertanding EXCO pemuda? ahli pemuda hang pi jumpa hang nak minta chop surat rayuan pengurangan caj buat my-kad yang hilang pun hang tak boleh nak buat,hang nak bertanding?hang nak bela pemuda?hang pi suluh cermin dulu laa muka hang..
Salam...
Rafidah sebenarnya dia tidak takut kepada Shahrizat kerana dia mampu dari segi apa-apa saja...Melihat setengah exco wanita menggambarkan bahawa kebanyakan adalan seperti Lady Boss.
Rafidah takut jika ada golongan mudi yang menjadi ketua terutama daripada Puteri Umno sebab Rafidah dari dulu lagi tidak suka penubuhan Puteri Umno.
Siapa yang hantar surat meminta Tun Dr.M dan Pak Lah menyerah kuasa apabila berlaku kekalahan kepada Umno kalau bukan Rafidah.Walaupun dia menang di Kuala Kangsar tetapi kerana orang melayu yang berjiwa melayu kuat disana kerana di Kuala Kangsar juga bermula penentang kepada Inggeris terutama J.W.W Bird.
Siapa yang uruskan hal-hal disana dan adakah Rafidah kerapa ada disana...Fikir-fikirlan sendiri.
Berbalik tentang tindakan Rafidah Aziz kepada penentang dia dengan menyisihkan mereka.Dendam kepada Dr.Zaharah masih belum kesudahan.
Sikap Rafidah yang mempermainkan Al-Quran setiap kali timbul masalah tentang diri Rafidah dapat dilihat dengan sumpah paslu Rafidah.
Kes AP masih juga belum berakhir dan senyap tanpa apa-apa tindakan.
Sebenarnya ramai golongan mudi/yang masih muda sudah tidak berminat kepada Umno dan Wanita Umno tidak membuat apa-apa usaha untuk menarik dan hanya bergantung sepenuhnya kepada puteri
Salam...
Rafidah sebenarnya dia tidak takut kepada Shahrizat kerana dia mampu dari segi apa-apa saja...Melihat setengah exco wanita menggambarkan bahawa kebanyakan adalan seperti Lady Boss.
Rafidah takut jika ada golongan mudi yang menjadi ketua terutama daripada Puteri Umno sebab Rafidah dari dulu lagi tidak suka penubuhan Puteri Umno.
Siapa yang hantar surat meminta Tun Dr.M dan Pak Lah menyerah kuasa apabila berlaku kekalahan kepada Umno kalau bukan Rafidah.Walaupun dia menang di Kuala Kangsar tetapi kerana orang melayu yang berjiwa melayu kuat disana kerana di Kuala Kangsar juga bermula penentang kepada Inggeris terutama J.W.W Bird.
Siapa yang uruskan hal-hal disana dan adakah Rafidah kerapa ada disana...Fikir-fikirlan sendiri.
Berbalik tentang tindakan Rafidah Aziz kepada penentang dia dengan menyisihkan mereka.Dendam kepada Dr.Zaharah masih belum kesudahan.
Sikap Rafidah yang mempermainkan Al-Quran setiap kali timbul masalah tentang diri Rafidah dapat dilihat dengan sumpah paslu Rafidah.
Kes AP masih juga belum berakhir dan senyap tanpa apa-apa tindakan.
Sebenarnya ramai golongan mudi/yang masih muda sudah tidak berminat kepada Umno dan Wanita Umno tidak membuat apa-apa usaha untuk menarik dan hanya bergantung sepenuhnya kepada puteri.
Itu sebab dia tidak suka dengan Azlina Said sehingga kini jika tersempak susah nak lihat mereka berbual mesra.Apa yang sedihnya terdapat exco Wanita yang takut kepada pertandingan kerana tidak lagi boleh buat rombongan jika ada pertandingan.
Ini terbukti masa pemilihan bahagian (dalam negeri Perak)dimana golangan muda yang menjadi perwakilan tidak ditemukan dengan calon-calon wanita(takut lawan
tauke)
Bro;
Your best piece as a blogger..More to come surely..
Post a Comment