SAYA singgah di Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi Dalam Perlembagaan anjuran PERKASA pagi tadi di Memorial Tun Hussein Onn. Majlis dirasmikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim.
Seperkara yang bermain di kepala saya ialah - bagaimana orang Melayu mahu atau boleh bersatu sedangkan mereka mempunyai ideologi yang berbeza, mengikut falsafah dan perjuangan parti mereka.
Saya ajukan soalan ini kepada Rais. Menteri yang amat petah bercakap itu, yang satu ketika dahulu pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, mengakui bahawa ia memang sukar tetapi tidak mustahil.
Katanya, semua pihak yang berkenaan perlu mencari elemen penyatuan yang terdapat dalam agama Islam, selain faktor kebudayaan dan pentadbiran kuasa. Apapun, usaha ini hendaklah dibuat dengan jujur dan ikhlas supaya kepentingan orang Melayu tidak terjejas dan kaum-kaum lain terbela.
Saya berpendapat usaha mencari titik-titik pertemuan ini bukanlah satu perkara yang mudah, dan boleh dilakukan segera. Saya tidak dapat melihat acuan atau ramuan bagaimana ini boleh dilakukan selagi orang Melayu dan pemimpin mereka berpegang kepada fahaman sempit.
Dalam hal ini juga, saya berpendapat ada baiknya jika sebarang usaha dibuat tanpa banyak gembar-gembur. Ada baiknya jika sebarang usaha dibuat di belakang tabir, tanpa tumpuan media dan publisiti besar-besaran.
Bercakap dan bercerita memang mudah. "Talk is cheap," kata pepatah Inggeris. Jika usaha mencari penyatuan ini gagal, setelah ia diperbesar-besarkan lebih dari yang patut, ia akan mengundang malu dan masalah.
Rais sendiri menyelitkan satu ungkapan yang saya harap tidak terlepas pandang oleh pemikir dan penganjur wacana. Katanya: "Orang Melayu jangan jadi macam ayam dalam raga (mungkin reban maksudnya) - hidup bersebelahan tetapi bersengketa dan berkelahi sepanjang masa.)"
Sunday, November 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
cantik sangat..,lagi satu,dapat di-lihat bahawa masih lagi ada sifat phd dalam hati,terutama golongan pemimpin... dan jangan lah jadi macam dr.novandri hasan,naib ketua pemuda bkt gelugor di-mana ahli pemuda beliau memohon untuk menyokong surat rayuan pengurangan caj penggantian my-kad pun beliau tidak mampu lakukan,inikan pula nak memimpin yang lebih besar(calun EXCO pemuda),saya kira sifat beginilah yang memungkinkan umno itu hancur.
tok,
saya pun menulis mengenai isu ini .. dalam posting bertajuk "melayu bla bla bla .."
It is "Raga" - dulu memang begitu, ayam di bawa sana sini dalam Raga..Memang mereka gaduh..
Dato,
memang susah nak cari titik persamaan. Kita tengok je Korea org nya sama tapi negara terbelah dua juga. German pun sebelum runtuh tembok Berlin macam tu juga. Ini bukan penyakit org melayu tapi semua insan macam tu. Sepatutnya org melayu yg berpaksi dan berteraskan islam sebagai cara hidup lebih senang mencari titik persamaan. Cuma sekarang ni org melayu mengunakan ugama untuk meluaskan jurang perbezaan sesama kita.
Dato'
Kenyataan Nik Aziz yang meletakan Islam mengatasi keturunan/bangsa amat sukar untuk disanggah. Namun saya berpendapat ungkapan beliau hanya lah untuk polemik politik yang menyedapkan halwa telinga pendengar dari kaum bukan Melayu.
Mungkin saya boleh bertanya pada Nik Aziz, bolehkah Tabung Haji (apatah lagi saya) membeli hartanah di Tanah Suci Makkah dengan "passport" Islam ?
Bolehkah saya berpolitik di negara Brunei Darussalam hanya dengan mengikrarkan diri sebagai seorang Muslim?
Dalam pelbagai pihak mau mencari jalan untuk memperkasakan bangsa Melayu (bukan mempertuankan)masih ada suara sumbang dari bangsa kita sendiri yang memperlekehkan usaha ini.
Yang tak bersuara sumbang pulak membisu seribu bahasa,
apabila melihat bangsa dan bahasa dicemuh, demi untuk menjaga hati ( imprisoned by obligations )rakan bukan Melayu mereka.
sbjdjb
Smbg sikit...Apa maksud penyatuan? Pemimpin Melayu yakin dengan kebolehan diri sendiri saja. Nak cakap baik mengenai personaliti lain, selalunya tak terdaya. Penyatuan Melayu ni apa? Yang mustahak jangan pecah belah dan jangan cakar mencelar sampai calar macam ayam dalam raga. Perasaan tak puas hati terlalu meluap-luap. second guessing tindak tanduk orang lain; Nak cari titik persamaan apa Sdr Rais? Terlalu hambar, langsung tak tangible, superficial; Sebutlah satu dua cara. Baru berkembang cara kita berpikir. Mungkin formula nya ialah berbaik sangka. sentiasa amalkan sifat ini. Jadinya calon-calon Timbalan Presiden kena berbaik sangka. Termasuk mereka yang rapat dengan calon. Juga ajak Saifudin Nasution masuk Umno..Hantar dua tiga pemimpin Umno masuk Pas..Macam Sandiwara Gerakan-DAP-MCA..Tunjukkan perbedaan politik ni langsung tak menjejaskan hala tuju, wawasan...Bila berbaik sangka tidak ada puak-puak yang asyik paku orang lain. Berbaik sangka juga bermaksud usah lah memandang lain orang tidak cerdik, tidak bersih, tidak Islamic, jahil dan sebagainya. Political correctness bukan bersifat baik sangka. Itu ciri mangkuk hayun. Apakah kita ada kekuatan minda dan clarity berpikir nak benteras sifat buruk dalam masyarakat? Bila kita mati apa yang nak ditinggalkan?
Dato' Pahit Manis,
Saya setuju dengan cadangan pertemuan atau perundingan dalam kelambu antara berbagai pihak Melayu, sama ada parti politik atau NGO.
Tapi saya bimbang kerosakan Umno sekarang beri kesan dan ancaman besar kepada survival orang Melayu dan Malaysia.
Mustahil Malaysia boleh kekal maju dan selamat kalau 60% rakyatnya, iaitu orang Melayu berpecah-belah dan terpinggir.
Mudah cakap Dato', kalau orang Melayu gaduh dengan orang Melayu, orang Cina dan India yang pertama cabut ke Singapura, Australia, New Zealand, Kanada, AS dan England.
Ini orang Melayu kena fikir. Orang Melayu kaum majoriti tapi orang Melayu jugak kaum yang paling lemah ekonomi.
Kalau Malaysia hancur lebur, berapa ramai orang Melayu yang boleh angkat kaki macam orang Cina dan India. Orang Cina boleh balik China, orang India boleh balik India, masing-masing boleh cari suku sakat mereka di sana.
Kita? Lari ke mana? Ini negara kita Dato'. Jadi janganlah kita bodoh sangat sampai sanggup berak atas tempat tidur kita sendiri.
Kalau Umno hancurkan negara, belum tentu Pas boleh selamatkan lebih-lebih lagilah PKR yang ada Melayu, Cina dan India. Jadi eloklah Pas dan Umno dan semua NGO Melayu diam-diam berpakat buat networking untuk selamatkan orang Melayu yang semuanya Islam.
Nak berpolitik boleh. Nak lawan mati-matian dalam PRU pun boleh. Tapi jangan jadi ayam dalam raga macam Rais kata atau ketam dalam bakul, tarik menarik supaya jatuh.
Pak Malau
Lahirkan generasi baru Melayu , galakkan kahwin campur terutama dgn gulungan gulungan yg maju kedepan tidak kiralah china ke india ke jepun ke korea ke usa ke australia ke..tambahan lelaki melayu ada 4 kuota.
Tambah sikit dato', pemimpin mau melayu jadi macam tu. Bila ada kuasa digunakan untuk pecah belahkan melayu, yang saya lihat untuk kepentingan diri. Buat keputusan tak perpaksi pada fakta, pantang dapat mikrofon buat statement. Alih-alih keluar statement. Saya memang kenal stail dato' agak lama juga berjiran.
As'kum WBT
Terbaru dalam Sireh Dan Cengkeh. Temubual bersama Art Fazil dari kumpulan folk melayu Rausyanfikir.
Check out other interviews as well. Thanks for your kind support!
Syed
Assalamualaikum Dato',
Berdasarkan keadaan yang ada sekarang, Melayu bukan saja tidak wajar berperangai seperti ayam dalam raga, tapi perlu bertukar menjadi serigala yang sentiasa berpakat dalam menumpaskan penceroboh yang memasuki wilayah mereka.
-- Balanglama
Post a Comment