Monday, September 3, 2007

sebak dadamu sebak hati kami

kau umpama pelita tua
masih menyala menerangi semua
usia tuamu penuh khidmat dan jasa
mana mudah dilupa saja

kini kau terlantar lagi
berjuang sendiri tanpa henti
kesetiaanmu harus dicontohi
bukankah kau yang mempelopori

kau umpama pelita tua
perjuanganmu untuk semua
penyuluh jalan kami segala
mengisi hidup ruang negara

dengan teladan penuh yakin
menjadi pemangkin tulen
peka pada si miskin
yang sukar kini dah mungkin

dulu kau dipuji tiada henti
sekelip mata ramai menyepi
kini kau terlantar lagi
mungkin ramai yang ingin mendekati

dalam diam ramai tak mendiam diri
mengikuti jejak mu setiap hari
sebak dada mu sebak hati kami
menanti kembali mu ke pangkuan kami

demi negara demi bakti
kami iringi doa setulus hati
kami mohon restu ilahi
agar kau terus bersama kami

ahmad a talib
430 pagi
3 sept '07

5 comments:

HangKasturi said...

Lafaz Bismillah Memula Bicara
Puji Puja Buat Pencipta
Permudahkan Segala Buat Perwira
Doa Setulus Harapan Kita

Doa Kami Sejahtera Kesihatan
Dipanjangkan Usia Sihat Walafiat
Semoga Dilimpah Rahmat Keberkatan
Itulah Harapan Sekalian Rakyat

Mengimbas Semula Sejarah Gemilang
Berdekad Lama Menyumbang Bakti
Jasamu Pasti Sentiasa Dikenang
Sumbanganmu Adalah Sangat Bererti

Makbulkan Doa Serta Harapan
Kesejahteraan Tun Terus Dipelihara
Negara Memerlukan Bakti Sumbangan
Negarawan Berjasa Sanjungan Negara

-----------------------------------
HangKasturi(Zak)

Anonymous said...

it's beautiful...he's tough old man. he'll be okay. our thoughts and prayers for you, tun. we love you and tun hasmah always.

hask & family

A Voice said...

Tok

Jangan sedih2 sangat. Kita mesti optimis. Yes, lets wish him well to come back fighting. Lets not forget in 1989, he came back stronger after operation.

I wrote a piece Hopes and Prayers Accompany Dr Mahathir To The Operating Theater.

CikGuMaTE said...

sebak baca sajak u..
anyway... Semoga Allah lindungi kita semua...

Cikgumate
KB, Kelantan

Helal, Ampang said...

I have reservations about Tun. It is a well noted that his own record when in office was far from perfect.
However at this point I do pray for his well being for even the devil's own advocate may be able to help us improve ourselves