Thursday, July 12, 2007

Hutang budi dibawa mati...

On the occassion of Tun Dr Mahathir's and Tun Dr Siti Hasmah's birthday, which fall on July 10 and July 12 respectively, I penned the following verses:

Bismillahirrohmanirohim
penghulu kata, pendulu bicara
izinkan saya sedikit masa
berkongsi sepatah dua kata
sambil duduk bertentang mata
sebelum kita menjamu selera

Assalamualaikum dan Good Afternoon
kepada hadirin dan kedua Tun
jika bunyi kurang santun
mohon maaf, mohon ampun

kita berkumpul sebagai keluarga
meraikan bapa dan ibu tercinta
tak ada mereka tak ada kita
itulah ayat pendekar tua

bukan tujuan mahu meminta
tidak juga ingin bercerita
cuma mahu bertentang mata
mengatakan kasih kepada Tun berdua

di sini kita duduk bersama
adik kakak, abang dan anak
dalam suasana penuh gembira
kerana kita berkeluarga semua

jika dahulu Tun Mahathir berkuasa
didamping pula Tun Siti yang setia
kini, mereka dah ada yang lupa
mungkin tak sengaja...

Wahai kedua ibu dan bapa
kami ikuti kisah mu berdua
ke sana ke mari seia sekata
pahit manis dirasa bersama

tempoh hari Tun terlentang
dalam kesakitan jantung diserang
kami, adik kakak, abang dan anak
risau dan gundah, tidor tak nyenyak

namun, berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul
dari jauh ramai juga yang datang
meninjau kesihatan berdoa panjang

berkat doa kita semua
dengan usaha tabib istimewa
permintaan kita dikabul jua
tun pulih sediakala
berjuang terus tanpa kira
kadangkala menunggang kuda
membikin kita risau semula

jika diikut langkah mereka
semakin jauh kita menjaja
membawa khidmat mengebar bendera
negara tercinta semakin ternama

jangan dikira usia mereka
ia cuma angka semata
cuba selami jiwa mereka
mungkin terasa semangat waja

budi dan jasa ditabur merata
tunjuk ajar diberi percuma
ramai penerima mengumpul harta
tak kurang juga yang mudah lupa

years ago when you were in power
never did once you surrender
Acknowledged by all as the consumate leader
taking the nation to the world yonder

ninety-seven, and, ninety eight
turbulent years, everyone said
street wars and currency raid
we found ourselves going into the red

when others were full of doubt
instead, you chose to shout
and proved beyond a shadow of doubt
why we need to stay above board

if, today we have excelled
it's partly because you taught us well
now, allow us to wish you both well
and may your good fortune continue to swell

still,
if there's anything you need, pray tell

udah, cukuplah dulu kita bercerita
insyaAllah disambung di lain masa
mari kira raikan ibu dan bapa
tak ada mereka tak ada kita

pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi di bawa mati

kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati

ahmad a talib
10 julai, 2007
kuala lumpur

15 comments:

Theta said...

Forgive me if I'm wrong, but I've thought all the while that Tun PM's birthday falls on 20th December? I remember vividly since it is near my birthday....

Mama's Girl said...

A beautiful piece Datuk.

Buah keranji buah delima;
Buah disimpan didalam peti,
Budi Tun berdua tidak kami lupa;
Sudah terpahat di dalam hati.

Ahmad A Talib said...

Dear theta,

You are correct too! The official record shows Tun M's birthday as Dec 20. The actual date he was born was July 10. You know lah..in the old old days, registration of a birth and death were not as organised as today's. Many parents register the birth late, and sometimes would leave the registration to uncles, aunties and what-not. We'll celebrate his MyKad birthday when it comes, just as yours! Advanced b'day greetings to you...

a kadir jasin said...

The Scribe A Kadir Jasin sent this under a different topic. I've managed to sort it and put it under the right topic - AhmadT

Sdr AAT,Sekadar renungan.


Dulu, ketika orang tua ini masih berkuasa,
tiadalah harapan manusia kerdil macam kita menganjurkan majlis seperti ini untuknya.

Para tauke, para gergasi korporat dan para politikus memonopolinya.

Kita terpinggir dan kalau hadir pun adalah atas ehsan mereka.

Mereka berlumba-lumba mengingati hari jadinya.

Kini orang tua ini tiada berkuasa lagi. Kalau harimau, sudah tiada gigi.

Dipinggirkan oleh anak-anak didiknya sendiri.

Apatah lagi dia bersuara menegur mereka.

Maka mutlak, mutakhir dan sahihlah dosanya kepada mereka.

Maka dipinggir dan dicela, dicaci dan dikata.

Pun ada baiknya. Kini, bolehlah orang macam kita mendekati beliau dengan lebih mudah dan selesa.

Tetapi ingat, balanya ada.

Kepada yang berkuasa, berdampingan dengan orang tua ini adalah dosa.

Maka tiadalah banyak lagi yang berani bergambar denganya, kecuali manusia bebal macam kita.

Mudahnya mereka lupa.

Namum mereka mengaku juga yang mereka tahu bahasa, berbudi mulia dan mengenang jasa.

Mudah saja saudara. Apa yang kita lakukan kepada orang tua kita, anak cucu kita akan lakukan kepada kita.

Suatu hari kita akan tua juga dan suatu hari kita akan turun jua dari takhta kuasa.

Pada waktu itu, barulah kita tahu siapa kawan siapa haiwan.

Maka kita jangan lupa. Ada ubi ada batas. Ada budi orang balas. Budi mulia kekal selamanya. Budi cela membawa binasa.

All said and done, we must thank the organisers for the sumptious mee rebus and nasi kambing lunch. Thank your Sdr Syed.

*cosmic freak* said...

owh, Datuk Kadir, please don't forget the special Banghra performance which caused quite a heart attack even for the young ones.

:)

I was hoping that Datuk Ahmad were to perform as well, since he was in the right attire. heh.

sorong papan, tarik papan,
buah keranji di atas perahu,
mee rebus dan daging kambing, alhamdulillah, sedap dimakan,
kalau ada nak sponsor makan lagi, sila beritahu.

:)

HangKasturi said...

Tun Mahathir Segak Lagi Tampan
Bonda Hasmah Cantik Rupawan
Kalian Berdua Negarawan Sanjungan
Subur Sentiasa Dalam Ingatan

Jasa Tun Tiada Dilupakan
Tersemat Sentiasa Dalam Ingatan
Sentiasa Didoa Dalam Kejauhan
Kesihatan Kewalafiatan Yang Berpanjangan

-----------------------------
Setulus Ingatan Buat Seorang Negarawan

Kak Teh said...

dato'

Tun Mahathir kita tak lupa,
Tun Siti pun sama juga,
walaupun kini hilang di mata
di hati tetap mereka bertakhta.

Walaupun jauh di perantauan,
tetap kami ikut perkembangan,
sakit dan demam doa dikirimkan,
semoga umur dipanjangkan.

Abdul Manan said...

Aku belum pernah berkata kata dengan mu.
Tapi kata kata mu banyak pada ku.
Aku belum pernah menulis pada mu.
Tapi tulisan mu banyak ku baca.
Engkau belum pernah mendengar ku.
Tapi aku telah banyak mendengar mu.

Engkau banyak menolong ku, dan Alhamdullillah, aku ada menolong mu.

Aku lah di-antara pemimpin kerdil di-bawah sana,
yang kagum akan peribadi mu,
Yang sanggup bertekak mempertahankan mu, berjuang bersama mu.

Jangan sangka, wahai Mahathir, engkau tiada yang memperdulikan.

Aku, pemimpin kerdil dalam pasukan mu..
Aku peduli padamu. Moga kau di-cucuri rahmat dunia dan akhirat.

NeverABeliever said...

Let me say piece!

Ha?

Now I'm happy!



From Dreamer

Ahmad A Talib said...

Dear neverabeliever/dreamer,

I think you sent an incomplete comment. Would you like to resend? tq

HangKasturi said...

Berdekad Lama Memimpin Negara
Membina Maruah Memertabat Bangsa
Kaulah Pahlawan Dikaulah Wira
Tiada Terhitung Segala Jasa

Doa Dipanjat Setulus Ingatan
Semoga Sihat Walafiat Sentiasa
Manakan Mudah Tun Dilupakan
Sentiasa Diingati Sepanjang Masa

Seloka Pantun Pusaka Bangsa
Budaya Bangsa Sepanjang Zaman
Tiada Terlupa Bakti Jasa
Abadi Terpatri Zaman Berzaman

-----------------------------------
Ingatan Tulus Buat Seorang Negarawan

Sufi said...

Salaam Datuk,

Saya diminta oleh YABhg Tun Dr Mahathir dan isteri, YABhg TUn Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk menyampaikan;

"Ucapan terima kasih dan penghargaan kami berdua kepada semua pembahas blog "Pahit Manis" yang telah mengarang pantun-pantun yang indah dan penuh dengan kata-kata semangat, ucap selamat dan doa untuk kami. Ingatan terhadap kami berdua amat kami hargai.

*cosmic freak* said...

having read what sufi passed on, now I felt bad, cos my pantun was specifically meant for the generosity of sponsored food. how selfish am I for my belly's concern.

well, here goes nothing.

Sorong Papan, Tarik Papan
Buah Keranji Di Atas Perahu
Tun M potong daging kambing, kita semua makan,
Tun Siti potong pulut kuning, tak sabar hadirin menyerbu.

Pulau Pandan Jauh ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Budi Tun M ku khabarkan dengan megah
Bukti wujudnya pemimpin Melayu bergeliga.

okay, mental block. cannot write anymore. hehe.

Dash said...

A Very Happy Birthday To You Too Datuk. May You Live A Long & Healthy Life.

the legend said...

marilah kita sama-sama mendoakan kesehatan dan kebahgiaan dr. M dan dr. siti...

bangra bangra kat PLF hari tu, saya tadak masa tu, cuti ...