Monday, September 28, 2015
Wednesday, September 9, 2015
Demo bukan bukti kejantanan Melayu
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Rata2 saya tengok ada poster mengajak orang Melayu berkumpul dan buat demo di sekitar Bukit Bintang dan Low Yatt. Menurut cerita yang rancak dibawa ke sana ke mari, tujuan berkumpul ialah untuk menunjukkan bahawa orang Melayu berani dan tidak boleh diperkotakkatikkan. Sebelum perhimpunan ini diadakan, satu demo kegagahan orang Melayu telah diadakan. Beberapa orang pesilat menunjukkan kehebatan mereka dipukul dengan kayu dan belantan tetapi mereka tidak cedera langsung. Nah, itu dia Melayu gagak perkasa. Namun, demo gagah itu mendapat pelbagai reaksi. Ramai juga yang mengutuk dan mempersoalkan demo tersebut. Sekarang orang Melayu diajak berkumpul pada 16 Sept. Mereka yang menganjur perhimpunan ini mungkin ada agenda lain dari mahu menunjukkan betapa hebat dan kuatnya orang Melayu. Takda cara lain ke bro? Penganjur ialah orang Umno. Mungkin ada juga orang bukan Umno tetapi pemimpin Umno dilihat sebagai penggerak utama. Nak jadi Datuk Harun Idris ke bro? Cuba kita kaji kekuatan orang cina. Mereka kuat kungfu atau kuat niaga? Mereka banyak senjata ke atau banyak duit dan harta? Saya fikir banyak cara lain kalau Melayu nak tunjuk gagah dan perkasa. Dalam masyarakat hari ini, rakyat bukan bodoh. Juga bukan naive atau tidak tahu "baca tingkah laku yang tersirat." Saya khuatir demo orang Melayu ini memungkinkan tindakan politik yang merugikan. Kuat berentap bukan bermakna kuat kuasa politik. Kuat kuasa politik pun bukan menjamin kesejahteraan rakyat, apatah lagi pada masa ini dimana wujud "trust deficit" atau sifat curiga terhadap kerajaan atau kurang percaya dan kurang yakin kepada kerajaan. Ini PM DS Najib Razak yang kata. Saya fikir elok kaji semula usaha nak berhimpun pada 16 Sept ni. Buktikan kejantanan kita dengan cara yang lebih santun dan matang. Salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)