Friday, January 25, 2013

Najib suntik semangat setiakawan di Gaza

SALAM! Syabas PM Najib kerana pergi ke Gaza, walaupun singkat. Pemergian Najib ke Gaza ialah satu lagi simbol komitmen rakyat Malaysia terhadap sebuah negara yang dipijak oleh rejim Zionis Israel. Tak sesiapa pun boleh faham dengan mendalam kesengsaraan rakyat Palestin sehingga mereka tidak pergi ke situ. Saya sempat pergi ke Gaza sebanyak 2 kali, dan setiap kali ke sana saya dapat menghalusi keperitan yang mereka rasa. PM Najib mungkin tidak boleh memberi bantuan besar seperti membebaskan rakyat Palestine dari cengkaman Israel, tetapi ia cukup untuk memberi sokongan moral kepada sebuah negara yang merempat di bumi sendiri. Gaza memerlukan semangat, wang berjuta dan sokongan poltik satu dunia untuk hidup sebagai sebuah negara yang benar2 merdeka. Rakyat Palestine sendiri berpecah belah dan berpuak-puak, dengan fahaman ideologi yang berbeza-beza. Tetapi setiap orang dari mereka mahukan keamaan dan kemerdekaan yang boleh menjamin kesejahteraan setia warganegara itu. PM Najib tak mungkin boleh menjamin itu semua, tetapi semangat setiakawan dunia sejagat amat penting jika kita mahu melihat dunia yang aman dan harmonis. Konflik di mana saja di bumi Allah ini boleh merebak dan mengancam keamaan dunia. Sama-samalah kita bantu dan bina mahligai keamanan dunia kita.

Monday, January 21, 2013

Antara DAP dan PAS - kemana kalimah Allah?


SALAM dan selamat pagi. Kita tengok sana sini isu kalimah Allah ni tak juga reda. Pelbagai pihak membuat komen yang diikuti dengan komen balas. Ada juga yang buat laporan polis. Yang buat protes pun tak kurang. Orang politik antara orang yang kuat bersuara. DAP dan PAS yang bernaung di bawah PKR nampak jelas tidak sehaluan dalam hal ini. DAP nampak lebih bersatu manakala PAS pula bertelagah pendapat. Pandangan yang berbeza-beza ini menjadi tanda tanya di kalangan pemerhati politik - bolehkah DAP dan PAS berganding bahu dan mencapai kata sepakat dalam hal ini. Mungkin beberapa orang pemimpin PAS sudah sedia berpakat dengan DAP dan mencapai kata hati yang sama. Namum, ada pemimpin PAS yang menentang keras kata sepakat yang tercapai antara DAP dan beberapa pemimpin PAS, khususnya presiden parti Hadi Awang. Persetujuan ini pasti berlatarbelakangkan usaha mereka untuk ke Putrajaya. Yang menjadi persoalan hari ini, khususnya di kalangan orang Melayu - ke mana agaknya kalimah Allah ini nak dibawa oleh orang2 politik ni? Sejauh mana mereka mahu bersuara dalam hal ini sebelum keadaan menjadi betul2 kecoh dan mengancam kesetabilan negara? Bila agaknya ini akan berakhir? Apakah isi ini akan terus berpanjang sehingga selepas PRU13? Apakah isu ini menjadi alat permainan politik menjelang PRU 13? Jika tidak berhati-hati, isu ini boleh menjadi antara penyebab huru hara dalam negara tercinta.

Friday, January 18, 2013

SALAM dan Selamat pagi! Ini musim politik. Banyak perkara yang akan timbul, dilontar atau dilambong. Akan ada isu-isu baru dan akan hidup juga isu-isu lama. PM Najib kata, dalam satu ucapan baru-baru ini: "This is the silly season." Maknanya, ini musim yang bukan-bukan.
Macam2 hal akan diketengahkan, samada boleh dipercayai atau tidak. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanahair, hati-hatilah menilai sebaang cerita atau berita yang diperolehi. Cari jalan untuk mengesahkan sesuatu berita yang kita dengar atau dapat. Sayugia diingati, bahawa dalam "silly season" ini, semua pihak yang berkepentingan politik akan cuba menarik perhatian pengundi dan mempengaruhi mereka dengan janji2. Janji memang senang buat. Yang dipersoalkan ialah samada janji2 itu ditepati atau tidak. Fikir-fikirkan sebelum mempercayai apa yang dimaklum kepada kita semua. CAPTION: ini gambar2 yang saya rakam di Mogadishu, Somalia. Saya ke sana selama 6 hario meninjau keadaan sambil membawa bantuan dari Yayasan Perdana. Inilah keadaan sebuah negara yang plitiknay tidak stabil dan rakyatnya berperang sesama sendiri. Inilah yang wajib kita elak.

Wednesday, January 16, 2013

Mati hidup kembali?

Salam semua! Apa khabar? Moga2 anda semua sihat wal'afiat. Saya bercadang menghidupkan semula blog ini setelah sekian lama membisu seribu bahasa. Pentadbiran blog ini juga sudah melalui banyak perubahan. Dan perubahan ini sudah cukup untuk menyulitkan saya. Ini ialah percubaan saya ke kesekian kali! Kalau ini berjaya, saya akan hidupkan semula blog ini, blog yang original. Bukan blog pahit manis 2.0. Bersama ini saya lampirkan gambar yang dirakam bersama kawan2 dan rakan sepejabat baru2 ini. Ia juga sebagai percubaan untuk menghidupkan semula blog pahit manis yang original ini. Moga2 blog ini dapat dihidupkan kembali...