Thursday, July 29, 2010
Tun Dr Ling Liong Sik to do battle in court
SALAM! Everyone will follow intensely the court proceedings after Attorney General TS Gani Patail charged Tun Dr Ling Liong Sik in court today. The sms and twitter alerts were flying around since early morning and that got everyone excited. Lets wait for the court case and see what happens. It's not alright to comment on this development as it's already a matter for the courts to decide.
Nasib anak-anak Gaza
SALAM! Bagaimana agaknya masa depan anak-anak Gaza ini? Saya sempat merakam gambar-gambar anak Gaza ini dalam lawatan ke Gaza pertengahan Julai ini. Mereka tidak mengetahu apakah nasib dan masa depan mereka. Yang mereka tahu ialah hidup ini satu perjuangan untuk hidup setiap hari (survival). Hidup setiap hari di bawah ancaman tindakan ketenteraan rejim Zionis Israel, anak-anak ini melalui hidup harian dengan keriangan, tanpa menghiraukan nyawa yang boleh hilang dalam sekelip mata.
Monday, July 26, 2010
Lawatan ke Gaza kali ke 2
SALAM! Saya ke Gaza sekali lagi minggu lalu. Kali ini saya memasuki Gaza dengan misi kemanusiaan Bulan Sabit Merah Malaysia. Seperti tahun lepas, memasuki Gaza masih sukar. Pada Januari 2009, saya terkandas selama 4 hari di El Arish (sebuah pekan kecil kira-kira 45km dari Rafah) sebelum dapat melepasi sempadan Gaza. Kali ini, saya terkandas 4 hari lagi di Kaherah. Akhirnya, saya dan rombongan dapat juga memasuki Gaza setelah berkali-kali membuat rayuan dan mengisi pelbagai borang untuk memenuhi kehendak pihak imigrasi Mesir. Berikut ialah beberapa gambar yang sempat dirakam pada hari pertama di Gaza.
Subscribe to:
Posts (Atom)