Wednesday, July 15, 2009

Jom makan nasi minyak pengantin!



MOGA2 bahgia ke anak cucu - inilah doa yang kita panjangkan kepada Sharifah Mahsinah Syed Abdullah dan Adnan Mohamad, dua wartawan kumpulan NSTP yang bertugas di Kota Baru. Saya sempat bertemu mereka semasa bertugas meninjau pilihanraya kecil Manek Urai semalam. Pasangan ini menjemput sahabat dari NSTP ke majlis perkahwinan mreka yang berlangsung pada 23 Julai ini di Kuala Krai. Kalau sesiapa yang berhajat nak makan nasi minyak, sila ke majlis mereka.

Friday, July 10, 2009

Al-Fatihah buat Allahyarham Nawal

Al-Fatihah. Ucapan takziah saya kepada abang Karim Shukor, yang kehilangan bekas isterinya Nawal. Allahyarham Nawal ialah bekas wartawan Bernama pada tahun '70an dan '80an. Saya pernah bertugas dengan beliau di Bernama pada awal '70an. Ucapan takziah kepada Farah, wartawan New Straits Times. Jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini. Jenazah dibawa dari hospital KL ke masjid Asyakirin Gombak. Moga-moga rohnya dicucuri rahmat.

Friday, July 3, 2009

Pas kata Dap kata PKR kata

SALAM! Kecoh juga keadaan di Kedah Darul Aman minggu ni. Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri jelapang padi itu berhadapan dengan satu keadaan yang rumit. Mungkin tak sampai ke tahap krisis tetapi mendebarkan jugalah bagi pihak yang terbabit. Ini hal dalaman mereka tetapi percakaran macam tu memang ada dalam mana-mana pakatan pun. Tak menghairankan. Cuma, pengundi pasti tertanya-tanya apakah kepentingan mereka akan terabai akibat pertelingkahan ini. Bagi pihak yang terbabit, mereka pasti mempertahankan keadaan dan menegaskan bahawa mereka mengambil tindakan tertentu semata-mata untuk menjaga kepentingan masyarakat juga. Dalam politik, mesti ada kata mengata. Itu budaya mereka, tak kira parti mana. Bak kata pepatah orang tua - paku dulang paku serepih, mengata orang, dia yang lebih!

Thursday, July 2, 2009

Doakan yg terbaik utk Pemuda Pas, Umno




SALAM! Semalam berita mengenai usaha untuk duduk semeja dan bincang hal negara dan bangsa antara Pemuda Pas dan Umno beri nafas baru dalam politik tanahair. Mungkin ia terlalu awal untuk membuat sebarang penilaian. tetapi berita ini yang dimuatkan di muka hadapan akhbar Melayu hari ini memberi harapan kepada ramai orang Melayu. Sebelum ini, harapan yang sama berkecai apabila Pas menarik balik hasratnya untuk duduk semeja dengan Umno dan bincang isu kerajaan perpaduan. Rupa-rupanya, barisan pemimpin pelapis kedua parti menyimpan cita-cita yang tak kurang besar dan bermakna. Saya harap mereka duduk semeja dan mengenepikan apa juga prejudis dan prasangka yang mungkin menebal di kalangan sebahagian ahli kedua-dua parti. Dalam pemerhatian rakyat biasa, falsafah politik di kalangan orang politik memang berbeza, tetapi ini tidak seharusnya menjadi faktor utama untuk tidak mencari bibit-bibit pertemuan minda dan perjuangan ke arah perpaduan yang menguntungkan kita semua. Syabas Pemuda Pas dan Umno! Kita doakan kejayaan.

Saturday, June 27, 2009

Michael Jackson won't be there no more...

I WAS courting my girlfriend in 1971 when I first heard Michael Jackson's song 'I'll be there.' He was then part of The Jackson Five, with his siblings, as they created a new history in pop music. I remember the song well because that was the year Kuala Lumpur saw its biggest floods. And everyone was whistling or humming Michael's song. The floods subsided but the Jackson Five, and especially Michael, soared to new heights of fame and glory. The world musical stage changed with Michael's entry, and he became a global brand and icon for years to come. When Ghazalie sent me a text message very early yesterday morning, I thought to myself - it was one hell of a wake up call! I did get to see Michael live in KL when he toured the far east many years ago. What a thriller it was! Today, Michael's no more. His music lives on; his famous moonwalk will resurface; and his CDs will be reproduced and continue to sell very well. May you rest in peace, Michael Al-fatihah.

Monday, June 22, 2009

Manek Urai buat Nik Aziz berlembut?

MENTERI BESAR Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah tidak lagi begitu kuat membantah usaha kearah pembentukan sebuah kerajaan perpaduan. Kenyataannya yang terbaru seolah-oleh pemimpin Pas itu sudah berkendur dalam hal ini. Sudah tentu ramai ahli Pas merasa lega dengan kenyataan beliau. Mungkin juga ada yang masih marah dan keciwa dengan "U-turn" Nik Aziz. Bagi mereka yang mengenali Nik Aziz, mereka mungkin tidak hairan dengan partukaran pandangan pemimpin veteran lagi disegani ini. Orang politik berbisik sama sendiri bahawa Nik Aziz akan terus membantah sebarang usaha pembentukan kerajaan perpaduan yang membabitkan Pas dan Umno. Kedua parti Melayu pernah tidor sebantal tetapi "perkahwinan" ini tidak kekal dan berakhir dengan penceraian yang melukakan hati. Timbul satu soalan di kalangan orang politik yang mahir dalam ilmu persilatan politik tanahair - apakah kenyataan Nik Aziz ini dibuat semata-mata kerana pilihanraya kecil Manek Urai bulan hadapan? Nik Aziz tidak mahu pengikut Pas lari dari parti itu dan memihak kepada Umno apabila keluar mengundi pada 14 Julai nanti. Pengikut Pas yang setia tidak mungkin berbuat demikian, tetapi dalam politik, macam-macam boleh jadi. Kita lihat perkembangan seterusnya.

Thursday, June 18, 2009

Sepak terajang dalam PAS makin kuat

SALAM! Apa yang berlaku dalam PAS hari ini? Apakah parti ini sedang dilanda bahang politik dalaman yang semakin panas? Jika Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kata-kata yang keras terhadap Timbalan Presiden yang juga Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, mesti ada yang tek kena dalam parti itu. Hanya mereka yang dalam pucuk pimpinan atasan Pas sahaja yang mengetahui sebab musabab mengapa pertelingkahan ini berlaku. Samada pertelingkahan ini akan merebak belumlah dapat diketahui, tetapi sudah tentu ia tidak akan reda dengan mudah. Ini adalah hal rumahtangga Pas. Parti lawan dan kawan dengannya tak perlulah campur tangan. Memadai dengan meninjau dari jauh. Mungkin ada yang beranggapan bahawa ada pihak tertentu dalam Pas yang didalangi DAP atau ada pula yang melihat ada pihak yang menjadi rakan seperjuangan pihak tertentu dalam Parti Keadilan. Apapun, ini adalah sebahagian dari permainan dan sepak terajang politik. Pas baru sahaja memilih barisan pemimpin kanan mereka. Malah, baru-baru ini Mantan PM Singapura Lee Kuan Yew ada menemui pemimpin kanan PAS untuk meninjau pendapat mereka. Tak mungkin lawatan itu menghasilkan kekecohan seperti yang terdapat hari ini. Kita tunggu dan lihat kesudahannya.